Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Mercedes Dilanggar Di Tempat Parkir, Pemilik Buntu Diberi RM3 Sebagai Ganti

Bayangkan bila keluar dari rumah atau pejabat, dan ternampak kereta kesayangan yang diparkir elok tadi kini bercalar teruk dengan lampu hadapan pecah.

RM3 sebagai ganti

Terpinga-pinga cari pelaku, tapi yang tinggal cuma sehelai nota kecil dan tiga keping duit seringgit.

RM3

Foto: TT shrfh.rizaty

Itulah realiti yang dihadapi seorang wanita, @shrfh.rizaty, yang berkongsi video kejadian itu di TikTok dan menjadi tular dalam masa singkat dan apa yang membuatkan ramai lebih geram adalah kandungan nota yang ditinggalkan oleh pelaku.

Artikel lanjut: “Saya Tengah Susah…” – Pemuda Tolak Duit, Pilih Maafkan Uncle Terlanggar Keretanya

“Sorry, saya ada langgar sikit. Ni ada cash RM3, kalau ada apa-apa boleh contact number saya,” tulisnya.

Namun, ketika wanita itu cuba menghubungi nombor yang tertera, nombor tersebut tidak dapat dihubungi dan tidak berdaftar. Tiada nama, tiada maklumat lanjut, hanya satu helaian kertas dan tiga ringgit sebagai ‘tanggungjawab’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

RM3

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa geram dan kecewa, namun tak kurang juga yang berseloroh bagi meredakan keadaan.

Mungkin RM3 tu dia suruh beli teh ais

RM3

Foto: TT shrfh.rizaty

Kereta baru lagi sakit

RM3

Ada orang sengaja gesel

RM3

Insiden ini bukan sekadar cerita pasal kereta calar atau lampu pecah, ia cerminan sikap sebenar segelintir pengguna jalan raya yang kurang rasa tanggungjawab.

Minta maaf tu bagus, tapi kalau setakat tinggal nota palsu dan duit tiga ringgit, mungkin lebih baik tak tinggal apa-apa langsung.

Sumber: TikTok @shrfh.rizaty

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd