Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Video Mengamuk Di Klinik Kesihatan, Wanita Dihantar Ke Hospital Bahagia

Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 20-an dihantar ke Hospital Bahagia untuk penilaian selepas bertindak agresif di sebuah klinik kesihatan di Gombak semalam.

Mengamuk di klinik serta meludah ke arah kakitangan dan pesakit

Menurut laporan Kosmo!, wanita itu dilaporkan menjerit, mengeluarkan kata-kata kesat, berdiri di atas kerusi serta meludah ke arah kakitangan dan pesakit lain.

Mengamuk di klinik

Artikel lain: Tertekan Hidup Di Malaysia Punca Pelajar IPT Mengamuk Di Kajang

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata kejadian berlaku apabila wanita itu hadir ke klinik bersama anaknya untuk mendapatkan rawatan sebelum hilang kawalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Suspek menjerit, memaki hamun dan bertindak agresif terhadap petugas serta orang awam yang berada di lokasi,” katanya.

Mengamuk di klinik

Menurut Noor Ariffin, laporan polis dibuat pada 19 November kira-kira pukul 12.25 tengah hari oleh seorang kakitangan klinik di Balai Polis Gombak. Suspek ditangkap pada hari yang sama, dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Wanita berkenaan didakwa di Mahkamah Majistret Selayang dan sebutan kes dijadualkan pada 19 Disember depan.

Mengamuk di klinik

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan wanita berkenaan mengamuk di klinik, disaksikan beberapa pesakit dan kakitangan yang menarik perhatian ramai netizen.

Sumber: Kosmo! (Mohd. Fahmi Ismail)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd