Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MCMC Peroleh Perintah Injuksi Interim Terhadap Edisi Siasat, Edisi Khas

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memfailkan tindakan sivil terhadap dua saluran di platform Telegram, iaitu “Edisi Siasat” dan “Edisi Khas”, atas dakwaan menyebarkan kandungan yang melanggar undang-undang.

Menurut laporan Buletin TV3, kedua-dua saluran tersebut dikenal pasti menerbitkan kandungan yang berpotensi menggugat kepercayaan terhadap institusi awam serta mengancam ketenteraman masyarakat.

mcmc

Foto: Kosmo!

Kandungan itu juga didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

MCMC memaklumkan bahawa tindakan ini merupakan yang pertama seumpamanya diambil terhadap penyedia platform media sosial, khususnya Telegram, yang merupakan pemegang lesen Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) [ASP(C)].

“Tindakan ini diambil berikutan kegagalan serius pihak Telegram untuk mengekang kandungan berunsur fitnah dan provokasi, meskipun pelbagai rundingan dan laporan telah dikemukakan kepada pihak mereka,” katanya.

Artikel lain: MCMC Perjelas Isu Data Telefon Bimbit, Nafi Dakwaan Salah Guna Data Peribadi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan tahap pematuhan yang tidak memuaskan, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah memohon dan berjaya mendapatkan perintah injunksi interim daripada Mahkamah Tinggi, dan langkah itu diambil sebagai usaha terakhir untuk menghentikan penyebaran kandungan memudaratkan serta menghalang pengedaran semula bahan-bahan seumpamanya.

MCMC menegaskan bahawa tindakan ini bertujuan untuk memastikan kedaulatan undang-undang terus ditegakkan dan kepentingan awam terpelihara.

mcmc

Foto: Carian Google

Dalam masa yang sama, pihak Telegram akan diberikan peluang yang adil untuk mengemukakan pembelaan mereka selaras dengan prinsip keadilan dan hak asasi.

“MCMC sebagai badan kawal selia ingin mengingatkan bahawa semua penyedia platform media sosial bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan di ruang digital masing-masing.
“MCMC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sama untuk platfform lain juga bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna terus terpelihara.
“MCMC kekal komited dalam memastikan ruang digital negara kekal selamat, beretika dan selari dengan undang-undang,” ujarnya.

Sumber: Buletin TV3 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Lokal

Seorang wanita tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam kelmarin telah ditemui dalam keadaan selamat. Menurut laporan BH...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd