Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap Iran dan serangan balas ke atas beberapa negara di Asia Barat, termasuk Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, dan Qatar hari ini.
Kementerian Luar dalam kenyataan rasmi menegaskan bahawa tindakan itu melanggar prinsip kedaulatan dan integriti wilayah, serta merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa.
Malaysia Kecam Serangan Asia Barat
“Tindakan ketenteraan seperti ini berisiko menambah ketidakstabilan di wilayah yang sudah rapuh dan membahayakan nyawa orang awam.
“Pada saat kritikal ini, semua usaha mesti diambil untuk mengelakkan peningkatan ketegangan dan implikasi yang menjejaskan kestabilan serantau serta membawa kesan global,” kata Wisma Putra hari ini.
Artikel lain: Kedutaan Minta Rakyat Malaysia Tidak Keluar Rumah, Tangguh Perjalanan
Negara ini turut menyeru masyarakat antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mengambil tindakan segera dan tegas bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab diadili mengikut undang-undang antarabangsa.
Sumber: FB Wisma Putra










































