Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Engkau Tak Ada Iman” – Makcik Kemboja Dicerai Suami Dalam Live, Dakwa Kerana Orang Ketiga

Usahawan popular yang dikenali sebagai Makcik Kemboja, atau nama sebenarnya Madam Mariyah Yaakob, mengesahkan dirinya telah diceraikan oleh suaminya secara mengejut ketika sedang bersiaran langsung di platform media sosial miliknya.

Lebih memilukan, lafaz cerai tersebut berlaku di hadapan lebih 200 penonton yang menyaksikan sesi live berkenaan, menjadikan ia satu detik peribadi yang secara tidak langsung menjadi tontonan umum.

Foto: Carian Google

Suaminya, yang hanya dikenali sebagai Mr. S, dilaporkan meninggalkan komen sebanyak lima kali dalam ruangan siaran langsung tersebut.

“Dengan lafaz Bismillah, Maryah Bt Yaakob aku ceraikan kau,” tulisnya.

Artikel lanjut: Isteri Dicerai Dalam Pantang, ‘Abang Santan’ Kejar Cinta Janda Lebih Berusia?

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga selama 15 tahun, namun menurut Makcik Kemboja, hubungan mereka mulai renggang akibat kehadiran pihak ketiga yang mengganggu keharmonian rumah tangga.

Advertisement. Scroll to continue reading.
makcik kemboja

Foto: TT @mariyahholdings

Meskipun dikejutkan dengan tindakan suami secara terbuka itu, Makcik Kemboja kelihatan tenang dan matang dalam mengendalikan situasi. Beberapa jam selepas kejadian, beliau memuat naik satu video reaksi di akaun media sosial miliknya yang disertakan dengan kapsyen pedas namun penuh ketegasan.

“Terima kasih Mr. S atas cerai yang dilafazkan. Ternyata engkau adalah seorang suami yang tak ada iman.
“Aku memang tak sempurna jadi isteri engkau, tapi kau lebih tak layak jadi suami aku.” luahnya.
makcik kemboja

Foto: TT @mariyahholdings

Video tersebut diakhiri dengan paparan klip pendek yang menunjukkan Makcik Kemboja bersama seorang lelaki dan seorang wanita lain, dipercayai berkait dengan punca konflik rumah tangganya. Namun, tiada penjelasan lanjut diberikan.

Setakat ini, Makcik Kemboja belum mengulas lebih lanjut mengenai perkembangan selepas penceraian itu, manakala pihak Mr. S juga belum tampil memberikan sebarang kenyataan balas.

Sumber: TikTok @mariyahholdings

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga pempengaruh media sosial memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai selepas dikecam berhubung video tular yang memaparkan mereka memberikan sisa tulang ayam kepada...

Lokal

Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini tampil membuat laporan polis baharu selepas mendakwa teringat semula terdapat kesan lebam di belakang badan anaknya...

Lokal

Peguam mewakili ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir mendedahkan bahawa pakaian dan barang peribadi milik remaja itu yang dipakai ketika kejadian masih belum diambil...

Lokal

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa menjelaskan insiden Jalur Gemilang dipasang terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson berlaku tanpa sengaja...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd