Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Mahu Kelainan Untuk Foto ‘Pre-Wedding’, Pasangan Kekasih Punca Kebakaran Di Gunung Bromo

Gara-gara mahukan gambar pra-perkahwinan lain daripada yang lain, sepasang kekasih telah menyebabkan kebakaran besar seluas 50 hektar dalam kejadian pada Rabu lalu di Bukit Teletubbies, Gunung Bromo di Jawa Timur.

Pasangan kekasih itu telah mendapat arahan daripada pengarah perkahwinan mereka untuk menggunakan suar bagi menghasilkan latar belakang yang romantik dalam gambar pra-perkahwinan mereka.

Menurut Detik.com, Ketua Polis Probolinggo, Wisnu Wardana berkata, walaupun idea itu merupakan satu idea yang kreatif tetapi ianya menjadi malapetaka.

Satu daripada suar yang mereka telah gunakan gagal untuk dinyalakan dan kemudian meletup. Percikan daripada letupan itu membuatkan Bukit Teletubbies mula terbakar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasukan sukarelawan telah berusaha sejak minggu lalu untuk memadamkan api kebakaran tersebut sehinggakan hampir kehilangan ahlinya dalam kebakaran tersebut.

Kebakaran di Gunung Bromo dilaporkan reda mulai pagi semalam selepas operasi ‘water bombing’ yang dijalankan sejak Isnin berhasil memadamkan api.

Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Jawa Timur, Gatot Soebroto berkata, api yang merebak ke arah Kabupaten Malang dan Lumajang juga sudah terpadam dan hanya asap dan bara api sahaja yang kelihatan.

Bagi memastikan bara api itu tidak menjadi punca kebakaran lagi, Gatot bersama Ketua Balai Besar Taman Nasional Bromo Tengger Sumeru (TNBTS), Hendro Widjanarko menjalankan operasi pembasahan di Gunung Bromo.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Enam daripada saksi kejadian itu termasuk pasangan kekasih dan kru penggambaran pra-perkahwinan telah dipanggil untuk disoal siasat oleh pihak polis.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Insertive, pasangan kekasih itu telah memberikan kenyataan mereka kepada pihak polis dan mengaku mereka menyesal kerana telah menyebabkan kebakaran berkenaan.

Mereka juga berkata, ketika kejadian itu berlaku pasangan tersebut sudah berusaha untuk memadamkan api dengan air yang mereka bawa untuk penggambaran tersebut.

“Selepas kejadian itu, mereka memang menyesal. Sebenarnya mereka juga telah berusaha untuk memadan api tapi disebabkan tiada sumber air, mereka tidak dapat buat apa-apa,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Probolinggo, Achmad Doni Meidianto.

Menurut Doni, pasangan itu datang ke Gunung Bromi bersama empat orang kru perancang perkahwinan. Mereka tidak menyangka percikan api dari suar itu telah menyebabkan rumput kering di sekitar bukit terbakar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka berusaha memadamkan api itu menggunakan air dari botol mineral yang mereka bawa namun tidak mencukupi kerana api merebak dengan cepat.

Ketika kejadian itu, kumpulan penggambaran pra-perkahwinan itu tidak melaporkan hal tersebut kepada TNBTS.

Namun mereka bernasib baik kerana terdapat menara pantau TNBTS di kawasan berdekatan dan mereka telah melaporkan kebakaran tersebut.

Walaupun kebakaran itu cukup besar, pasangan kekasih belum menjadi suspek kerana kejadian ini masih dalam siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Detik.com & Insertive

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pada usia baru mencecah 25 tahun, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs membuktikan bahawa usia muda bukanlah penghalang untuk berjuang demi kemanusiaan....

Nasional

Lebih 200 ilmuwan dari dalam dan luar negara bakal berkumpul di Persidangan Agung Karya Agung Melayu (PAKAM 2025) yang akan berlangsung di Putrajaya, pada...

Sosial

Hasrat seorang anak muda untuk menghadiahkan coklat kepada anak-anak Gaza akhirnya tidak kesampaian, apabila beliau bersama 16 aktivis Malaysia lain ditahan oleh IDF ketika...

Sosial

Terkini, sebuah lagi kapal yang berlayar dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa dua aktivis Malaysia, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) dan Muhammad...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd