Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lima Lelaki Diberkas, Ikat & Belasah Pemandu Kereta Sehingga Maut

Lima lelaki yang dipercayai mengejar, mengikat dan belasah seorang pemandu kereta sehingga maut berjaya diberkas polis malam tadi.

Belasah pemandu kereta

Kesemua lelaki ditahan itu dikatakan bertindak sedemikian selepas mangsa yang memandu Proton Saga langgar lari seorang penghantar makanan di kawasan Taman Pelangi Dua, Kajang, Selangor.

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa berusia 42 tahun itu terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan sebelum ditarik keluar orang awam dan dipukul serta tangannya diikat hingga maut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian berkenaan kira-kira jam 9.20 malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hasil siasatan awal di lokasi kejadian, mendapati sebuah kenderaan jenis Proton Saga dipercayai telah terbabas sebelum melanggar pagar kawasan perumahan terbabit.
“Mangsa yang merupakan pemandu kenderaan berkenaan didapati berada dalam keadaan terbaring di atas jalan selain terdapat kesan pergelangan tangan seperti diikat,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

belasah pemandu kereta

Artikel lain: Pemain Bola Sepak Dipenjara Seumur Hidup, Belasah & Bunuh Bekas Kekasih

Siasatan kemudiannya dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat berkaitan kejadian.

“Siasatan berdasarkan keterangan saksi mendapati mangsa ditarik keluar daripada dalam kenderaannya oleh sekumpulan individu,” katanya.

belasah pemandu kereta

Menurutnya, saksi awam turut mendakwa mangsa turut dipukul serta kedua tangan mangsa diikat dan dibaringkan atas jalan raya di lokasi kejadian.

Bagaimanapun kesemua individu terlibat yang memperlakukan mangsa sedemikian telah beredar sebaik sahaja pihak polis tiba di lokasi kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Siasatan kemudian dijalankan oleh Unit Forensik Bukit Aman dan mengambil beberapa sampel terdiri daripada kesan darah dan cap jari, selain itu turut dirampas dua utas gumpalan tali untuk membantu siasatan,” katanya.

Kesemua suspek berusia 22 hingga 52 tahun yang dipercayai terlibat ditahan di sekitar kawasan Semenyih dan Beranang oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan D9 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang kira-kira jam 2.05 pagi.

Suspek kini direman lima hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Asisten Superintenden Redzuan Mat Salleh di talian 013-7854100 dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang.

Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Inspektor Ammar Tahir dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di talian 018-2194013 bagi membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminnuraliff)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Lokal

Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas disyaki menikam rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian di sebuah sekolah...

Lokal

Keluarga pempengaruh media sosial, Ahmad Radzli Che Ngah atau lebih dikenali sebagai Rambo Castello, merayu agar pihak kerajaan dan Kedutaan Malaysia di Indonesia dapat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd