Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Melecur Teruk Selepas Cuba Bakar Teman Wanita Di Simpang Renggam

Seorang lelaki melecur teruk selepas cuba membakar teman wanitanya hidup-hidup berhampiran Plaza Tol Simpang Renggam, Sabtu lalu.

3 melecur teruk

Menurut laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 5.46 pagi sebelum seorang pemandu bas pekerja membuat laporan susulan kira-kira 15 minit kemudian.

melecur

Foto: MG

Artikel lain: Wanita Disyaki Terlibat Kes Simbah Asid Pengusaha Spa Ditahan Polis

“Siasatan awal mendapati suspek, 44, datang menaiki kereta sebelum menarik teman wanitanya berusia 37 tahun keluar dari bas pekerja dan memaksa masuk ke dalam kereta.
“Bagaimanapun, mangsa berjaya keluar sebelum suspek menyimbah petrol ke atas badan mangsa dan dirinya sendiri, lalu menyalakan pemetik api,” katanya.
melecur

Foto: MG

Seorang lelaki tempatan yang cuba membantu turut cedera melecur di tangan dan kaki. Ketiga-tiga mereka dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) pada jam 6 pagi dan kini ditidurkan bagi rawatan lanjut.

Kereta suspek turut rosak teruk apabila bahagian pintu penumpang belakang sebelah kanan terbakar. Punca kejadian masih dalam siasatan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

melecur

Foto: MG

Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di talian 07-7784222, 07-7784256, 07-7766822 atau 014-3656822.

Sumber: Malaysia Gazette (Zulhisham Isahak)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sukan

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak...

Sosial

Pempengaruh dan juga aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) Haroqs atau nama sebenarnya, Muhammad Hareez Adzrami menyatakan rasa terharu kerana ramai ambil berat keatas dirinya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd