Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Lelaki ‘Curi’ RM200 Di Stesen Minyak, Kantoi Rekod Pin TnG Tanpa Bayar

Lelaki kantoi curi rekod pin TnG

Tindakan licik seorang lelaki tidak bertanggungjawab menipu pembelian tambah nilai Touch ‘n Go berjaya dirakam menerusi rakaman televisyen litar (CCTV) tertutup di sebuah stesen minyak Petronas Senai, Lapangan Terbang, Johor baru-baru ini.

Lelaki kantoi curi rekod pin TnG

@tvkomunitijohor

Sapa kenal orang ini minta Hadir ke Petronas Senai Airport Johor… Orang ini datang ke Petronas Senai Airport Dan minta Topap TNG RM 200 lepas itu nak ambil barang lain tapi tak ambil.. Sebelum dia masuk dalam Petronas Dia on awal² Camera dalam poket Dan ambil TNG RM 200 Rakam Nombor TNG dan kata Nak ambil Duit tapi last² lari.. Bila kami check online Topap dah Claim..Kaki Scam Baru area Johor Tarikh..24/6/2025 MASA: 16:56 petang

♬ original sound – TV Komuniti Johor – TV Komuniti Johor

Menerusi hantaran di TikTok Tv Komuniti Johor, memaparkan seorang lelaki berbaju kuning bertopi menggunakan modus operandi iaitu meletakkan telefon di poket sekali gus merekod pin TNG yang dicetak sebelum berlalu keluar dari kaunter stesen minyak tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Siapa kenal orang ini minta hadir ke Petronas Senai, Airport Johor.
“Orang ini datang ke Petronas Senai Airport dan minta tambah nilai TNG RM200 lepas itu nak ambil barang lain tapi tak ambil.
“Sebelum dia masuk dalam Petronas lelaki ini dah rekod awal-awal kamera dalam poket dan ambil TNG RM200. Rakam nombor TNG dan kata nak ambil duit tapi rupanya nak melarikan diri,” kongsi mangsa.

Lelaki kantoi curi rekod pin TnG

Dalam pada itu, perbuatan tersebut dikesan apabila staf di stesen minyak menyedari tambah nilai berkenaan telah ditebus setelah menyemaknya di dalam sistem secara dalam talian sekitar jam 4.56 petang pada 24 Jun.

“Bila kami check online tambah nilai tersebut dah ditebus, kaki scam baru area Johor,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen, ada warganet berkongsi pengalaman serupa iaitu ditipu oleh lelaki tersebut di stesen minyak berlainan menggunakan modus operandi yang sama.

Malah ada juga wargamaya kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab lelaki itu dan memohon agar dia tampil menyerah diri sebelum perkara tersebut bertambah besar melibatkan pihak polis kerana identitinya telah didedahkan memudahkan lagi pencarian pihak berkuasa.

Lelaki ni memang dah banyak kes

Lelaki kantoi curi rekod pin TnG

Hebat modus operandi

Ganti balik sebelum polis cari

Artikel lain: Mengamuk TnG Tak Boleh Guna, Lelaki Tumbuk Penjaga Tol

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima 270,000 tontonan dan menerima lebih 5,100 tanda suka.

Sumber: TikTok Tv Komuniti Johor

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara 34 tahun terhadap finalis MasterChef Malaysia, Etiqah Siti Noorashikeen Sulang dan bekas suaminya, Mohammad Ambree Yunos selepas...

Lokal

Seorang individu dikenali sebagai Tok Singa bersama tiga lagi pengamal perubatan tradisional dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas didapati...

Sosial

Hati anak mana yang tidak luluh apabila melihat ibu tersayang pulang dari ibadah haji dalam keadaan murung, hanya kerana dilayan buruk dan dipulau ketika...

Lokal

Sebuah tragedi menyayat hati berlaku malam tadi apabila rumah keluarga mentua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, musnah dalam satu kebakaran di Kampung Sungai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd