Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) meneruskan usaha memartabatkan warisan ilmu bangsa menerusi Program Ekspedisi Legasi Manuskrip dan Karya Agung Melayu 2025, sebuah inisiatif berteraskan pembelajaran interaktif dan apresiasi budaya Melayu.
Ekspedisi Legasi Manuskrip dan Karya Agung Melayu 2025 kolaborasi dengan 3 insititusi
Program yang diadakan bersempena Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan 2025 ini merupakan hasil kolaborasi strategik antara PNM bersama Arkib Negara Malaysia (ANM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Yayasan Karyawan (YK) dan Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM), dengan penyertaan seramai 100 penuntut universiti awam dan swasta sekitar Lembah Klang.
Difahamkan, ekspedisi ilmiah ini membawa peserta menelusuri tiga institusi penting iaitu DBP, ANM dan PNM dengan melalui tujuh pusat pemeriksaan yang dipenuhi aktiviti menarik seperti transliterasi manuskrip Melayu berusia ratusan tahun, mencipta pantun Jawi menggunakan batang resam, gubahan tanjak tradisional, eksplorasi sejarah manuskrip, serta kuiz karya agung Melayu.
Ekspedisi Legasi Manuskrip antara platform hidupkan hubungan generasi muda dengan warisan ilmu
Menurut Ketua Pengarah PNM, YBrs. Encik Edy Irwan bin Zulkafli, program terbabit tidak tertumpu kepada pertandingan sahaja keraja ia pastinya menjadi salah satu platfom dalam menghidupkan semula hubungan generasi muda dengan warisan ilmu.
“program ini bukan sekadar pertandingan, tetapi satu platform untuk menghidupkan semula hubungan antara generasi muda dengan warisan ilmu bangsa.
Ia menjadi jambatan antara khazanah silam dengan semangat nasionalisme masa kini.”
Artikel lain: PAKAM 2025 Himpun 200 Ilmuwan, Sedia Jadi Pentas Wacana Global Angkat Legasi Melayu
Lebih daripada sekadar pengisian akademik, ekspedisi ini turut menjadi simbol perpaduan silang budaya apabila menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar belakang akademik dan etnik di bawah semangat “Ilmu Menyatukan Bangsa”.
