Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Langganan Perkhidmatan 5G Cecah 3.6 Juta – KKD

Langganan bagi perkhidmatan 5G di Malaysia cecah jumlah sebanyak 3.6 juta dengan kadar penerimagunaan pada tahap 10.8 peratus setakat 31 Oktober ini.

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Bobbey Suan yang meminta Menteri KKD menyatakan status pembangunan rangkaian internet 5G setakat ini, lapor Bernama.

Langganan perkhidmatan 5G cecah 3.6 juta

Foto: Bernama 

Pada masa yang sama, Bobbey juga mengutarakan soalan tersebut bagi mengetahui jumlah langganan yang telah diterima menerusi perkhidmatan rangkaian 5G.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KKD berkata bagi meningkatkan penerimagunaan dalam kalangan pengguna, kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi telah memperkenalkan Pakej 5G Rahmah pada Ogos 2023 lalu.

Artikel lain: Kelajuan Rangkaian 5G Malaysia Ketiga Terpantas Di Dunia – Fahmi Fadzil

Pakej tersebut menawarkan perkhidmatan dan peranti 5G kepada kumpulan berpendapatan rendah dan penjawat awam pada harga berpatutan.

“Setakat 31 Oktober 2023, jumlah langganan Pakej Rahmah 5G adalah sebanyak 98,979 unit,” kata KKD dalam jawapan yang disiarkan menerusi laman web Parlimen bertarikh 27 November.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kementerian itu juga memaklumkan kerajaan akan terus menggandakan usaha untuk menggalakkan penerimagunaan 5G bukan sahaja bagi pengguna biasa.

Mereka juga mahu melibatkan pelbagai sektor perusahaan seperti bidang pendidikan, pengangkutan, pertanian, penjagaan kesihatan, pembuatan dan keselamatan awam.

Sementara itu, KKD juga berkata pelaksanaan rangkaian 5G negara ketika ini sedang giat dijalankan oleh Digital Nasional Bhd (DNB) dan Kerajaan menyasarkan untuk menyiapkan sejumlah 7,509 tapak 5G di seluruh negara meliputi 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

“Setakat 31 Oktober 2023, sebanyak 6,057 tapak 5G telah siap dibangunkan dengan perkhidmatan 5G kini telah mencapai 73 peratus liputan di kawasan berpenduduk,” ujarnya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd