Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPN Lantik Firma Urusan, Rancang Hala Tuju Baharu MITRA

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) lantik Malaysia’s Performance Management & Delivery Unit (PEMANDU) sebagai firma urusan perancangan strategik dan bengkel hala tuju Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Bermula pada Januari 2024 lalu, MITRA telah diletakkan semula di bawah KPN susulan rombakan kabinet baru-baru ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata KPN bakal melaksanakan satu Bengkel Penetapan Hala Tuju Baharu MITRA pada Mac dan April 2024.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebagai Kementerian yang bertanggungjawab atas tadbir urus dan hala tuju MITRA, Kementerian akan melaksanakan Bengkel Penetapan Hala Tuju Baharu MITRA pada Mac dan April 2024.
“Bengkel ini akan dilaksanakan bersama Ahli-Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, badan bukan kerajaan, persatuan belia dan tokoh-tokoh korporat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel lain: Tambang Bas Kategori Perkhidmatan Ekonomi Naik 10 Peratus, APAD Buka Permohonan LPS

Pada masa yang sama, Aaron turut menafikan bahawa bayaran Fi kepada firma PEMANDU menggunakan peruntukan MITRA.

KPN lantik firma urusan bagi rancang hala tuju baharu MITRA

Foto: BBC Portal

“Bayaran Fi kepada firma ini adalah melalui peruntukan operasi Kementerian Perpaduan Negara dengan mengikut tatacara kewangan sedia ada iaitu Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 3.2.
“Saya juga ingin menafikan dakwaan bahawa PEMANDU akan mengendalikan proses penelitian permohonan, bantuan kewangan dan agihan peruntukan MITRA.
“Penglibatan PEMANDU adalah hanya untuk melaksanakan bengkel dan lab yang akan memudahcara urusan Kementerian berhubung perancangan strategik dan hala tuju bagi menghasilkan Blueprint MITRA,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aaron turut menyangkal dakwaan penglibatan firma PEMANDU akan menenggelamkan peranan Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas (JPPK) MITRA, Prabakaran Parameswaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: New Straits Times

“Hal ini kerana Pengerusi JPPK MITRA turut libat sama dalam dua perbincangan bersama PEMANDU.
“Saya sentiasa mengalu-alukan dan menggutamakan penglibatan Pengerusi JPPK MITRA dalam urusan ini,” jelasnya.

Menurut Aaron lagi, kementeriannya sedang menjalankan Kaji Selidik Hal Tuju Masyarakat India dan hingga 13 Mac 2024, hanya empat Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri telah mengisi borang kaji selidik tersebut.

“Segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan dalam kaji selidik ini akan diangkat untuk dimurnikan dalam bengkel hala tuju.
“Saya mohon agar semua Yang Berhormat mengambil bahagian dalam kaji selidik ini dengan memberikan pandangan, cadangan dan idea berhubung hala tuju MITRA,” ujarnya.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial memaparkan seorang lelaki bersama lima warga Pakistan nekad terjun sungai bagi membantu kira-kira 30 penduduk Kampung Tengah yang terkesan dengan...

Nasional

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Malaysia Bhd (Takaful Malaysia) menyalurkan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membantu mangsa yang terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip di Putra...

Lokal

Seorang peniaga dikenali Abang Belon pernah ada 13 rekod jenayah lalu dan kebanyakannya adalah berkaitan dengan kesalahan dadah, lapor Kosmo! Online. Difahamkan, peniaga belon...

Lokal

Muhamad Za’imuddin Azlan atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’ kini berhadapan dengan risiko lumpuh kekal akibat kecederaan serius pada saraf tulang belakangnya selepas insiden yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd