Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPKT Berjaya Pulihkan 20,489 Unit Perumahan Swasta

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya pulihkan 20,489 unit perumahan swasta bagi tempoh 1 Januari 2024 sehingga 30 April 2024.

Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata jumlah unit itu bersamaan dengan 177 projek dan nilai Pembangunan Kasar (GDV) adalah sebanyak RM14.89 bilion.

KPKT berjaya pulihkan 20,489 unit perumahan swasta

Foto: The Vibes

Jumlah yang berjaya dipulihkan ini merangkumi 163 projek yang telah mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), 11 projek yang berstatus sakit kembali menjadi lancar dan tiga projek terbengkalai.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“KPKT melalui Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) telah berjaya menyelesaikan sebuah projek perumahan swasta terbengkalai pada bulan Mac 2024.
“Ia merupakan Projek Perumahan Taman Desa Barakah (Fasa 5), Tanah Merah, Kelantan yang dilaksanakan melalui kaedah penyelesaian pembeli,” katanya.

Sementara itu, TSFT Bilangan 3 Tahun 2024 yang diadakan pada 21 Mei lalu turut mengesahkan data-data terkini bagi projek sakit dan terbengkalai bagi pelaporan sehingga 30 April 2024.

Statistik menunjukkan terdapat 205 projek perumahan swasta lewat dan 438 projek perumahan swasta sakit manakala projek perumahan swasta terbengkalai masih kekal dengan 115 projek.

Kesemua projek ini membawa GDV sebanyak RM189.67 bilion dan statistik perumahan swasta lewat dan sakit menunjukkan trend yang semakin menurun.

Bagi suku tahun pertama 2024, Aiman Athirah telah melakukan lawatan kepada lima tapak projek perumahan swasta lewat, sakit dan terbengkalai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto hiasan

Projek itu adalah Dynaton Impiana Taman Bahagia, Temerloh, Pahang, Taman Rasa Utama, Kuala Kubu Bharu, Selangor, D’jewel Gardens, Gombak, Selangor, Taman Malim Putra, Tanjung Malim, Perak dan Pangsapuri Impian Meru, Klang.

Hasil lawatan ini menunjukkan usaha dan intervensi Kerajaan MADANI dalam memastikan projek-projek bermasalah untuk kembali lancar dan disiapkan bagi mencapai matlamat untuk diserahkan kepada pembeli.

Libat urus bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi teknikal terus diadakan di tapak projek bagi mencapai kata sepakat dan penyelesaian terhadap isu pembangunan projek yang berbangkit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, Aiman Athirah juga telah memperuntukkan RM4.8 juta ke Projek Pangsapuri Impian Meru, Klang bagi memulihkan tiga prohjek perumahan swasta terbengkalai di Selangor melalui Inisiatif Belanjawan 2023.

Projek perumahan swasta terbengkalai di Selangor yang menerima peruntukan ini adalah Pangsapuri Meru Klang, Taman Meru Makmur Lot 2223 & 2224, Klang dan Taman Meru Makmur Lot 2225, Klang.

Peruntukan inisiatif ini merupakan obligasi sosial daripada Kerajaan MADANI kepada para pembeli yang terkesan dengan projek perumahan swasta terbengkalai.

Dalam pada itu, peruntukan ini juga disalurkan bagi menyiapkan projek-projek perumahan swasta terbengkalai sehingga memperoleh sijil CCC atau Sijil Kelayakan Menduduki (CFO).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Aiman Athirah turut menyuarakan hasrat meneruskan TFST iaitu memfokuskan kepada projek perumahan swasta terbengkalai tanpa lesen.

Sehingga 30 April 2024, sebanyak 175 projek perumahan swasta terbengkalai tanpa lesen telah direkodkan di Semenanjung Malaysia.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita yang juga merupakan isteri dengan tenang terjah suami sedang dating dan berlaku curang terhadapnya pada...

Lokal

Polis sahkan penemuan orang awam di celah pokok dalam kebun durian di Jalan Yong Peng-Muar bersebelahan Kompleks Penghulu pada Isnin merupakan rangka manusia dan...

Sukan

Pakaian rasmi kotinjen negara untuk ke pelbagai temasya sukan bukan di bawah kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN). Menerusi...

Sosial

Seorang wanita Rusia berkongsikan mengenai ‘duit hantaran’ yang biasa ditetapkan oleh keluarga wanita kepada bakal pengantin lelaki melalui satu video yang menjadi sorotan di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd