Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KKR Peruntuk RM135.8 Juta Kerja Selenggara Jalan, Cerun & Jambatan Di Negeri Sembilan

Kementerian Kerja Raya (KKR) peruntuk RM135.8 juta untuk pelaksanaan kerja penyenggaraan jalan, cerun, jambatan dan bangunan Gunasama Persekutuan di Negeri Sembilan tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya bersetuju untuk mempertimbangkan dua cadangan permohonan tambahan dikemukakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun melibatkan kerja-kerja pemasangan Smart Traffic Light di beberapa lokasi di Jalan Persekutuan di negeri tersebut.

“Pemasangan Smart Traffic Light ini merupakan langkah proaktif KKR dalam memperkasa pelaksanaan inovasi berimpak tinggi dengan menaik taraf lampu isyarat sedia ada kepada lampu isyarat pintar atau Smart Traffic Light (STL).
“Pada tahun ini, KKR telah menerima kelulusan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk pelaksanaan STL di 148 lokasi persimpangan Jalan Persekutuan seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

https://www.facebook.com/alexnantalinggi/posts/pfbid02Afzej5gEbRf5Y6EzoszNUumNjSkQEUaSpqgdwNyCtGG2xGMb5PZ2V7pTmtvhzkSel

Alexander berkata, pihaknya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga dalam sesi rundingan bersama-sama agensi lain dan syarikat pencadang sedang merancang pelaksanaan tiga buah projek Penswastaan Lebuhraya di Negeri Sembilan, termasuk cadangan pembinaan Lebuhraya Paroi ke Senawang yang menjadi keutamaan kerajaan negeri itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa Aminuddin menyambut baik pelaksanaan Program MyJalan yang dilaksanakan oleh kementerian.

“KKR berhasrat memperluaskan Program MyJalan ini ke seluruh Malaysia bagi merealisasikan impian dalam menjadikan jalan raya di Malaysia dalam kondisi terbaik menerusi kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan semua jabatan yang terlibat dalam sektor penyenggaraan dan berkaitan jalan raya di Malaysia,” ujarnya.

Terdahulu, Alexander bersama delegasi turun ke Negeri Sembilan bagi mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar buat kali pertama sejak menerajui KKR.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Dunia

Pasukan pendudukan Israel pada Sabtu dilaporkan menghalang jemaah daripada menunaikan solat Isyak dan tarawih di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Agensi...

Sukan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan semua pihak perlu mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan pemain warisan negara dan bukan sekadar...

Lokal

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui rentung selepas sebuah kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah terbakar dalam kejadian pada Ahad. Pusat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd