Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Pelajar Terbabit Dadah, Gejala Sosial Di Ibu Kota Menurun – Polis KL

Statistik terbaharu menunjukkan perkembangan positif dalam kalangan pelajar di ibu negara, apabila jumlah pelajar yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan kegiatan sosial tidak bermoral mencatatkan penurunan ketara dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pada tahun 2023, seramai 84 pelajar direkodkan terlibat dalam kes dadah, namun angka itu menurun secara drastik kepada hanya 26 orang pada tahun ini, setakat bulan Jun.

pelajar

Foto: Kosmo!

“Penurunan ini mencerminkan keberkesanan pelbagai inisiatif pencegahan yang dilaksanakan secara bersama antara pihak polis, sekolah dan komuniti,” katanya.

Bagaimanapun, Mohamed Usuf berkata, jenis dadah seperti amphetamine, methamphetamine, ganja, syabu dan eramin 5 masih dikenal pasti dalam kalangan pelajar yang terlibat.

Dalam perkembangan sama, Bahagian D7 Kuala Lumpur turut merekodkan penurunan tangkapan pelajar dalam kes sosial dan tidak bermoral bagi tempoh tiga tahun.

Sebanyak 17 tangkapan direkodkan pada 2023, menurun kepada 16 pada 2024 dan hanya empat kes direkodkan setakat tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Trend ini amat memberangsangkan namun usaha pencegahan mesti diteruskan secara konsisten. Kita tidak boleh leka kerana pengaruh negatif tetap wujud,” katanya.
pelajar

Foto: Carian Google

Dalam pada itu, seramai 183 pelajar dikenal pasti terlibat dalam samseng jalanan dan lumba haram sejak tiga tahun lalu, melibatkan 135 pelajar sekolah menengah dan 48 pelajar IPT.

Kesalahan itu direkodkan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

Artikel lain: UPSI Sedia Membantu, Pelajar Terlibat Kemalangan Bas Bakal Ambil Tindakan

Mengulas lanjut, Mohamed Usuf menegaskan bahawa usaha membendung gejala sosial tidak boleh diletakkan hanya di bahu polis dan pihak sekolah sahaja, sebaliknya memerlukan sokongan ibu bapa.

“Di Kuala Lumpur, kita telah menempatkan dua pegawai perhubungan sekolah (PPS) di kesemua 209 sekolah bagi memastikan pemantauan lebih berkesan dapat dilaksanakan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Megat Affandi Ismail berkata, kerjasama rapat antara sekolah dan polis telah pun lama berjalan dan terus diperkuat dari semasa ke semasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebarang kes disiplin yang dikesan akan disalurkan segera kepada pihak polis supaya tindakan boleh diambil awal sebelum ia menjadi lebih serius,” jelasnya.
pelajar

Foto: Sinar Harian

Seminar Intelektual Inspirasi Remaja MADANI 2025 yang berlangsung hari ini menghimpunkan lebih 300 pelajar sekolah menengah dari sekitar ibu kota.

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Kuala Lumpur bersama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Bisnes

Proton Holdings Bhd (PROTON) secara rasmi melancarkan model hibrid plug-in pertamanya, Proton e.MAS 7 PHEV, sekali gus menandakan langkah strategik jenama nasional itu dalam...

Lokal

Penceramah bebas yang pernah terpalit kontroversi, Ustaz Faridul Firdaus Zaulkapli dijatuhi hukuman penjara 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada Rabu selepas didapati...

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd