Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dana Sukuk: Kediaman Tan Sri Dikawal Ketat

Kediaman seorang individu bergelar Tan Sri yang dikaitkan dengan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang dilaporkan dikawal ketat oleh polis bantuan sejak awal pagi tadi.

Kes Penyelewengan Dana Sukuk

Menurut laporan Astro Awani, beberapa pengamal media yang cuba mendapatkan akses ke kediaman pemegang kensesi lebuh raya tersebut dihalang oleh pihak keselamatan.

Malah, pihak polis bantuan turut mengarahkan semua petugas media untuk beredak dari lokasi berkenaan.

Dana sukuk

Foto: Astro Awani

Difahamkan, Tan Sri berkenaan telah dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pagi ini bagi memberi keterangan berhubung kes tersebut.

Menurut kenyataan SPRM semalam, individu itu merupakan saksi utama dalam sisatan kes penyelewengan dana sukuk yang dikaitkan dengan projek lebuh raya berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa Tan Sri terbabit merupakan individu penting dalam siasatan yang sedang dijalankan.

Artikel lain: Kes Penyelewengan Dana Sukuk: SPRM Rakam Keterangan Tan Sri

Sehingga kini, seramai 45 saksi telah dipanggil semula bagi memberikan maklumat tambahan bagi membantu siasatan.

Pada 3 Jun lalu, SPRM mengumumkan telah menyita aset bernilai kira-kira RM143 juta dalam siasatan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rampasan tersebut melibatkan pelbagai bentuk harta termasuk wang tunai berjumlah RM37.5 juta dalam akaun indvidu dan syarikat, haranah bernilai RM2.4 juta, sembila kenderaan mewah (RM7.65 juta), koleksi jam tangan ekslusif (RM25 juta), barang kemas serta berlian (RM6 juta), tas tangan berjenama (RM 3 juta), dan koleksi minuman keras (RM3 juta).

Turut disita adalah empat ekor kuda bernilai RM400,000 serta aset luar negara yang melebihi RM15 juta.

Dana sukuk

Foto: Astro Awani

SPRM juga sedang mengesan harta milik Tan Sri berkenaan yang dipercayai berada di luar negara, termasuk London dan Switzerland.

Selain itu, aktiviti perjudian yang dikaitkan dengan Tan Sri terbabit dianggarkan mencecah RM20 juta.

Siasatan terhadap kes berprofil tinggi ini masih diteruskan dna dijangka akan membawa kepada lebih banyak pendedahan melibatkan salah guna dana awam dalam projek insfrastruktur berskala besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Awani (Faida Rahim)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Arwah adalah anak harapan keluarga untuk menjadi seorang guru kerana menjadi satu-satunya anak yang menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..” Itu luahan daripada abang kepada...

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan seorang pak cik tolak duit influencer lalu meluahkan kesyukuran atas bantuan yang disediakan oleh Kerajaan MADANI yang telah...

Sosial

Tular perkongsian seorang wanita yang memuat naik kisah suami sakit curang ketika lelaki itu sedang ditahan di sebuah hospital akibat mengalami masalah jantung. Menerusi...

Sosial

Baru-baru ini tular sebuah perkongsian memaparkan sepasang suami isteri bertikam lidah di sebuah pasar raya telah menerima kecaman apabila mengetahui ia dilakukan atasa dasar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd