Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kakitangan Tersilap Muat Naik Dokumen Daripada Ejen, Bukan Dokumen Rasmi Dikeluarkan JPN – FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan bahawa gambaran yang diberikan dalam keputusan FIFA adalah tidak tepat.

FAM dalam satu kenyataan hari ini berkata, dakwaan bahawa pemain ‘memperoleh atau mengetahui mengenai dokumen palsu’ adalah tidak berasas kerana tiada bukti kukuh dikemukakan setakat ini.

Tegasnya lagi, gambaran yang diberikan dalam keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung isu dokumen pemain naturalisasi negara adalah tidak tepat dan pihaknya akan mengemukakan rayuan rasmi dalam masa terdekat.

Kakitangan tersilap muat naik dokumen

Kakitangan tersilap muat naik dokumen

“FAM ingin menegaskan bahawa para pemain warisan yang terlibat adalah rakyat Malaysia yang sah.
“Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kesilapan yang berlaku berpunca daripada wrong submission iaitu ralat pentadbiran (administrative error), apabila seorang kakitangan tersilap memuat naik dokumen daripada ejen dan bukannya dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Kata FAM, rayuan rasmi sedang disediakan dengan menggunakan dokumen asal yang sah serta disahkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti mempertahankan kesemua pemain yang terlibat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Dakwaan FIFA Tidak Tepat, Rayuan Akan Dikemukakan Segera – FAM

Kakitangan tersilap muat naik dokumen

“FAM akan mengemukakan rayuan rasmi berhubung kesimpulan ini, dan kekal komited mempertahankan integriti bola sepak negara berdasarkan fakta serta dokumen sahih,” ujarnya.

Terdahulu, FIFA dilapor membuka kertas siasatan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain skuad kebangsaan.

Dalam keputusannya sebelum ini, FIFA mendapati terdapat unsur pemalsuan pada dokumen berkaitan datuk dan nenek kepada pemain terbabit selepas memperoleh salinan sijil kelahiran asal daripada pihak berkuasa negara berkenaan.

Badan induk bola sepak dunia itu menjelaskan, dokumen yang diterima daripada pihak FAM didapati berbeza dengan salinan sebenar hasil siasatan mereka, sekali gus menimbulkan keraguan mengenai ketulenan asal usul pemain berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berikutan itu, FIFA memulakan siasatan rasmi bagi menentukan tahap penglibatan atau kemungkinan berlaku kecuaian pentadbiran dalam proses pengesahan dokumen pemain terbabit.

Sumber: Facebook @Football Association of Malaysia

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang remaja perempuan memanggil rakan sejenisnya dengan gelaran mesra seperti “sayang” dan “isteri”. Tular panggil rakan...

Sosial

Kerja di lapangan terbang memang penuh dengan cabaran. Setiap hari petugas keselamatan terpaksa berdepan dengan ribuan penumpang yang pelbagai ragam. Penumpang VIP siram air...

Sosial

Pada usia baru mencecah 25 tahun, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs membuktikan bahawa usia muda bukanlah penghalang untuk berjuang demi kemanusiaan....

Dunia

Kapal tentera Itali dilaporkan akan berhenti mengiringi armada antarabangsa Global Sumud Flotila (GSF) yang kini berlayar ke Gaza, sekali gus mendedahkan lebih 500 aktivis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd