Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Jualan Agro MADANI Catat RM48 Juta, Beri Manfaat 6.6 Juta Isi Rumah

Sebanyak RM48 juta nilai jualan direkodkan daripada 2,486 penganjuran program Jualan Agro MADANI oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh negara, dengan penjimatan RM14.4 juta sehingga 31 Okt lepas.

Menurut laporan Bernama, Pengerusi FAMA Aminuddin Zulkifli berkata penganjuran jualan itu memberikan manfaat kepada 6.6 juta isi rumah serta melibatkan penyertaan 33,919 usahawan.

Jualan Agro MADANI

Jualan Agro MADANI 

Foto: Bernama

“Jualan Agro MADANI (tahun ini) kami sasarkan 3,500 penganjuran program jualan. FAMA menyahut cabaran untuk mencapai sasaran ini sehingga penghujung tahun ini. Penganjuran pada hujung tahun ambil kira musim cuti, itu yang menjadikan keinginan nak pergi ke karnival (Jualan Agro MADANI) pun ada,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Karnival Jualan Agro MADANI Negeri Perlis di Dataran Dato Sheikh Ahmad di sini hari ini, yang disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.

Karnival jualan itu berlangsung empat hari bermula semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kerajaan Perlu Tetapkan 50 Peratus Rumah Mampu Milik Khas Buat Golongan Muda – Shahidan

Jualan Agro MADANI

Foto: Kosmo

Dalam pada itu, Aminuddin berkata FAMA sentiasa bersiap sedia untuk memastikan bekalan hasil tani dan bahan makanan asas mencukupi bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir pada musim tengkujuh ini.

“Setakat ini kami mampu dengan kerjasama yang ada antara pihak swasta, industri serta agensi kerajaan dari segi logistik itu. Kedua, jaringan FAMA dengan rakan kontrak untuk FAMA dapatkan bekalan itu.
“Sekiranya bekalan itu terjejas, FAMA akan berusaha membawa masuk dari luar negara demi memenuhi keperluan,” katanya.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Satu lagi insiden membabitkan sebuah treler yang bergesel dengan kenderaan berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh, Alor Gajah, Melaka, semalam,...

Dunia

Indonesia kini diiktiraf sebagai antara negara paling selamat di dunia, menurut The Global Safety Report 2025 oleh Gallup. Indonesia negara paling selamat untuk jalan...

Lokal

Pempengaruh, Muhammad Mikhael Sathayah atau lebih dikenali sebagai Muka Gangster, kembali mencuri perhatian selepas memuat naik video penuh emosi memperlihatkan ibunya, M Muniamah, 75,...

Sosial

Ada pertemuan yang sepatutnya menjadi pintu kepada restu, namun ada juga yang berubah menjadi ujian paling getir. Niat yang dibawa dengan penuh sopan akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd