Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Jalur Gemilang Muncul Dalam Squid Game Musim Kedua

Drama terhangat yang menjadi perbualan seluruh dunia kini, iaitu Squid Game musim kedua sekali lagi berjaya meraih perhatian khususnya rakyat Malaysia apabila tular sebuah klip video yang memaparkan Jalur Gemilang dalam drama bersiri berkenaan.

Video klip yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok, dikenali sebagai @s0l3r0o tular mempamerkan Jalur Gemilang negara sedang tergantung megah pada salah satu babak daripada drama bersiri popular Korea Selatan tersebut.

Jalur Gemilang Muncul Dalam Babak Squid Game

Jalur Gemilang

Foto: TikTok @s0l3r0o

Menerusi rakaman, terdapat sebuah plot yang menampilkan bendera Malaysia dengan latar belakang yang cerah bersama bendera dari pelbagai negara yang lain turut digantung bersama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menyingkap video yang telah dimuat naik oleh akaun TikTok berkenaan, bendera Malaysia jelas kelihatan sekali gus menarik perhatian penonton tempatan yang merasa bangga dengan perkara itu.

Jalur Gemilang

Foto: Netflix

Artikel lanjut: Jalur Gemilang Terbalik Di Jersi, KBS Rangka Kod Baharu Etika Pemakaian Atlet

Kemunculan bendera Malaysia itu juga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial Malaysia. Ramai merasa bangga dan kagum kerana bendera Malaysia dapat dilihat dalam salah satu siri paling popular di dunia itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas mencetuskan fenomena di seluruh dunia menerusi tayangan musim pertama pada 2021, Squid Game kembali untuk musim kedua yang kini sedang ditayangkan di platform pentriman, Netflix.

Foto: Kosmo! Online

Terdahulu, orang ramai di sekitar MRT Ampang Park dikejutkan dengan kehadiran patung robot kanak-kanak gergasi ikonik, Young-Hee daripada drama terkenal Squid Game sebagai sebahagian daripada promosi musim kedua drama itu yang  telah ditayangkan pada 26 Disember lalu.

Ramai penumpang teruja dengan promosi luar biasa ini, yang turut disertai oleh sekumpulan askar Pink lengkap berpakaian seragam merah jambu dan topeng simbolik Squid Game.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian 

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd