Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Zara Qairina Syukur PM Anwar Beri Jaminan, Rayu Saksi Jangan Takut Tampil Bagi Maklumat

Ibu Zara Qairina Syukur PM Anwar Beri Jaminan

Ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina, Noraidah Lamat menzahirkan rasa syukur selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa tiada pihak akan terlepas daripada tindakan undang-undang berhubung kes kematian anaknya.

Memetik laporan Sinar Harian, peguam keluarga, Hamid Ismail berkata, anak guamnya juga merayu kepada semua saksi termasuk pelajar yang mengetahui kes tersebut agar tampil memberi maklumat sama ada kepada pihak polis atau pasukan guaman.

“Ibu Zara sangat gembira apabila Perdana Menteri Malaysia mengatakan yang dia memberi jaminan tidak akan ada orang yang terlepas daripada tindakan dan dakwaan pihak berkuasa.

Saya bercakap dengan dia semalam tentang isu ini, dia sangat gembira dan dia memohon kepada semua saksi yang ada, jangan takut, terutamanya para pelajar, jangan takut, tampilkan diri, kalau takut kepada polis, jumpa kami,” katanya kepada pemberita di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu, pada Isnin.

Ibu Zara Qairina Syukur PM Anwar Beri Jaminan

Mengulas mengenai tindakan segelintir pihak yang membuat ugutan terhadap pelajar sekolah berkenaan, Hamid menegaskan supaya ia tidak dilakukan kerana boleh menakutkan saksi.

“Saya telah berjumpa seorang individu yang dia menyatakan takut sebab ada ‘tiktokers’ yang mengugut-ugut, kononnya membuat cerita palsu, jadi jangan takut.
“Saya galakkan mereka (saksi) berjumpa polis ataupun saya dan nasihat saya kepada tiktokers, pempengaruh tolong jangan takut-takutkan saksi-saksi. Kita mahu keadilan dan dalam kita memohon keadilan, jangan kita memfitnah, mengugut orang,” ujarnya.

Artikel lain: Inkues Zara Qairina Ditentukan September, 195 Saksi Dipanggil

Berhubung himpunan solidariti yang dianjurkan pelbagai pihak, Hamid menegaskan pihaknya tidak menghalang usaha itu, namun ia perlu dilakukan secara tertib serta tidak dicemari dengan unsur politik.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ia tidak berlaku (himpunan) jika tidak kerana kecuaian di peringkat awal siasatan iaitu ketika bedah siasat tidak dilakukan. Bagi mereka yang ingin bersolidariti, saya dan pasukan saya sangat sokong. Cuma, patuhi undang-undang, patuhi peraturan yang ditetapkan dan jaga kebersihan tempat bersolidariti.
“Jika ada yang ingin berpolitik, janganlah suruh datang. Bersolidariti ini adalah untuk Zara, bukan untuk mana-mana parti politik.

“Tolong, kalau penghancurnya, tolaklah orang-orang yang ingin memberi ucapan-ucapan berunsur politik, tidak bagus. Kita semua buat untuk Zara, bukan untuk mana-mana parti politik,” tegasnya.

Terdahulu, Hamid hadir bersama pasukannya iaitu Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser bagi mengikuti prosiding sebutan kes inkues Zara Qairina di Mahkamah Koroner, di sini.

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Nasional

Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini dipercayai...

Sosial

Seorang individu yang juga pakar servis motor meraih perhatian ramai selepas berkongsi momen menyentuh hati ketika membantu ‘rider’ penghantar makanan yang berdepan masalah motor...

Bisnes

Kerajaan Negeri Kedah mencatatkan rekod kutipan hasil tertinggi dalam tempoh 25 tahun dengan nilai sebanyak RM816 juta. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd