Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Zara Qairina Perjelas Sebab Tolak Bedah Siasat – “Fikiran Saya Tak Waras Ketika Itu”

Ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat menjelaskan sebab utama menandatangani dokumen bagi menolak perintah bedah siasat dijalankan berhubung kematian anak gadisnya.

Memetik laporan Berita Harian, wanita berumur 45 tahun itu mengakui semasa kejadian dirinya tidak mampu berfikiran secara waras ketika diminta memberikan kebenaran untuk menjalankan bedah siasat ke atas puterinya yang menghembuskan nafas terakhir pada 1 Julai lalu.

Sebab tolak bedah siasat

 Zara qairina Sebab tolak bedah siasat

Foto: Berita Harian

“Saya terkejut, panik dan tidak dapat membuat keputusan yang wajar ketika kejadian. Tiada nasihat diberikan dan jika kami tahu, kami tidak akan tandatangan dokumen menolak bedah siasat itu.
“Tiada penjelasan yang jelas dan kami memang tidak biasa dengan kes seperti ini. Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat.
“Jika kami tahu (kepentingan membuat bedah siasat), kami tidak akan tandatangan dokumen bagi menolak bedah siasat itu,” kata Noraidah dalam satu komen di Facebook.

Dalam pada itu, peguam kepada ibu mangsa, Hamid Ismail mengesahkan akaun dengan nama pengguna ‘Noie AiDa’ adalah sah milik Noraidah.

Sebab tolak bedah siasat

Foto: New Straits Times

Semalam, Bukit Aman mendedahkan memang terdapat ketidakpatuhan prosedur oleh pihak polis kerana gagal menjalankan bedah siasat.

Namun begitu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M Kumar menjelaskan pihak hospital tidak mendapat kebenaran untuk melakukan bedah siasat terhadap jenazah anaknya setelah beliau menandatangani dokumen tidak membenarkan prosedur itu dibuat.

Artikel lanjut: Pegawai Penyiasat Kes Zara Qairina Disiasat, Didakwa Langgar Prosedur

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, pada 17 Juali lalu, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di asrama sekolahnya di Papar.

Jabatan Peguam Negara kemudian mengarahkan supaya mayat pelajar itu digali semula dan bedah siasat dilakukan pada Ahad lalu. Mayat Zara Qairina dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi di Sipitang pada Isnin lalu.

Sumber: Berita Harian (Olivia Miwil)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Lokal

Seorang wanita tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam kelmarin telah ditemui dalam keadaan selamat. Menurut laporan BH...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd