Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Pelatih PALAPES: Ibu Fail Usul Gali Semula Kubur Anak Untuk Bedah Siasat Kedua

Ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, memfailkan notis usul bagi memohon perintah menggali semula kubur anaknya untuk menjalankan bedah siasat kali kedua.

Ibu usul semula gali kubur anak

Menurut laporan Astro Awani, notis usul itu difailkan semalam di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui Tetuan Naran Singh & Co, dengan menamakan Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, dan Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar, sebagai responden.

ibu

Foto: Astro Awani

Pemohon, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, turut memohon perintah supaya pakar forensik Hospital Kuala Lumpur melakukan bedah siasat terhadap jasad Syamsul Haris dalam tempoh 14 hari selepas ia dikeluarkan, dengan kehadiran pakar forensik Datuk Seri Dr Bhupinder Singh serta peguam keluarga.

Selain itu, beliau meminta Ketua Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah melantik pasukan siasatan baharu dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mengambil alih kes, seperti mana prosedur dalam siasatan kematian Zara Qairina Mahathir.

Artikel lain: Kematian Pegawai Kadet Palapes: 22 Saksi Dipanggil, Siasatan Dijangka Selesai Sebulan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ummu Haiman juga memohon agar satu inkues dijalankan bagi menyiasat punca sebenar kematian anaknya.

Menurutnya, permohonan ini dibuat kerana bedah siasat pertama hanya dijalankan oleh pegawai perubatan Gred UD10, Dr George Sixtus Fernandez Jr, dan bukannya pakar forensik hospital.

Dia mendakwa terdapat percanggahan maklumat berhubung punca kematian serta wujud unsur jenayah.

ibu

Foto: FB UTM

Ummu Haiman turut mendedahkan bahawa keluarganya tidak dapat melihat keseluruhan jasad semasa proses di Jabatan Forensik dan ketika dimandikan serta dikafankan.

Malah, jenazah dibawa dalam keranda tertutup, dan hanya wajah dibuka untuk dilihat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam afidavit sokongan, Ummu Haiman menyatakan Syamsul Haris menjalani latihan menembak pada 27 Julai lalu di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, Johor.

Keesokan harinya, dia menerima panggilan dari pihak UTM memaklumkan anaknya meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi.

Ketika menatap jenazah, Ummu Haiman mendakwa melihat kesan lebam di leher, dada berdarah, muka serta mata kanan yang lebam hitam.

ibu

Dia percaya kecederaan itu berpunca daripada objek tumpul, dan darah yang mengalir dari hidung sehingga pengebumian menunjukkan anaknya mengalami kecederaan dalaman serius, termasuk di bahagian otak dan dada.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 13 Ogos lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Jawatankuasa Siasatan mendapati tiada unsur penderaan dalam kes kematian Syamsul Haris.

Sumber: Astro Awani

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sukan

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak...

Sosial

Pempengaruh dan juga aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) Haroqs atau nama sebenarnya, Muhammad Hareez Adzrami menyatakan rasa terharu kerana ramai ambil berat keatas dirinya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd