Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Hulk Hogan Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Hulk Hogan meninggal dunia

Pemergian Hulk Hogan memberikan satu tamparan besar buat dunia gusti  apabila bintang lagenda asal Amerika Syarikat (AS) itu meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 71 tahun.

Hulk Hogan meninggal dunia

Hulk Hogan meninggal dunia

Foto: 3BA

Berita kematian Hogan disampampaikan sendiri oleh World Wrestling Entertainment (WWE) serta turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga serta peminat mendiang atas kehilangan lagenda gusti tersebut.

“Hogan berperanan penting dalam membawa nama WWE ke peringkat antarabangsa pada era 1980-an dan merupakan figura paling ikonik dalam budaya pop.
“WWE merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, rakan-rakan dan seluruh peminat beliau,” kata kenyataan itu.

Menurut laporan media antarabangsa, Hogan disahkan meninggal dunia selepas pasukan kecemasan dikejarkan ke kediamannya di Clearwater, Florida setelah terkena serangan jantung.

Hulk Hogan meninggal dunia

Foto: SITA

Dalam pada itu, berita pemergian mendiang menjadi kejutan besar buat sahabat-sahabatnya termasuklah bekas ahli gusti profesional, Ric Flair, yang merupakan kawan karib Hogan.

“Saya benar-benar terkejut menerima berita pemergian sahabat karib saya. Beliau sentiasa menyokong saya sejak awal penglibatan kami dalam dunia gusti.
“Hogan merupakan seorang atlet, individu berbakat dan bapa yang luar biasa,” kata Flair.

Artikel lain: Deria Kaki Tak Dapat Rasa, Hulk Hogan Terpaksa Pakai Tongkat

Difahamkan, sepanjang kariernya, Hogan bukan sahaja menjadi simbol gusti profesional di AS, malah telah mencipta fenomena global menerusi penampilan berkarismanya serta gaya persembahan yang menakjubkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: NBC NEWS

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Dunia

Trump Perkenal Duti Baharu 10 Peratus! Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat mengumumkan beliau akan mengenakan tarif baharu sebanyak 10 peratus ke...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sukan

Bekas pemain Al Nassr, Shaye Sharahili, mendedahkan satu sisi luar biasa mengenai kapten pasukan itu, Cristiano Ronaldo, sepanjang beraksi di Arab Saudi yang nyata...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd