Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dari Calon PAS Ke Peguam Keluarga Zara, Hamid Ismail Dipuji Tak Selit Isu Politik

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi itu, tetapi juga kerana personalitinya yang luar biasa sehingga mengundang perhatian ramai pihak.

Siapa Hamid Ismail?

Rektor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Dr. Rozaimi Ramle memuat naik satu hantaran di laman Facebook dengan menyatakan rasa hormatnya terhadap Hamid.

Hamid Ismail

“Ada satu perkara tentang peguam keluarga Zara yang saya hormat adalah beliau pernah bertanding di Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 di Sabah atas tiket PAS. Namun sehingga kini beliau profesional tidak menggunakan isu ini sebagai isu politik kepartian.
“Walaupun beliau ada ruang dan pintu terbuka luas untuk ke arah itu, namun beliau amanah dengan tanggungjawab yang diberikan,” tulisnya baru-baru ini.

Beliau berkongsi, Hamid seorang yang minat mendalami ilmu agama, malah selalu membeli buku-buku agama, justeru peguam tersebut sudah tentu tahu hadis larangan menyampaikan semua perkara tanpa semakan.

Artikel lain: Mahu Tuduhan Lebih Berat, Peguam Ibu Zara Rayu Tangguh Dakwa Lima Remaja Esok

“Beliau boleh sahaja mengiyakan atau sebut ‘tiada komen’ terhadap berita palsu yang disebarkan netizen terhadap isu Zara untuk menghangatkan suasana, namun beliau amanah dengan menafikan sesetengah dakwaan yang disebarkan oleh netizen,” ujarnya lagi.

Sementara itu, ahli akademik Abdul Qayyum Hadi turut berkongsi pendapatnya tentang Hamid yang disifatkan sebagai seorang individu penuh dengan pelbagai karakter.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Nama Tuan Hamid Ismail, peguam kes Zara Qairina tiba² naik. Saya bukanlah kenalan rapatnya tetapi kagum juga dgn pelbagai karakternya,” tulisnya.

Personaliti Hamid Ismail

Abdul Qayyum kemudian menyenaraikan sisi berbeza peguam yang memperjuangkan kes Zara bersama Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser itu.

“Dialah peguam jenayah terkenal di Sabah. Pernah jadi calon PAS dalam PRN. Fighter MMA (yang ini tak sangka. Video disertakan). Ahli seni bela diri Jiu Jitsu.

“Perawat Islam Darul Syifaa. Tukang urut tulang. Penunggang motosikal. Pelukis. Saya rasa beliau jenis tak boleh duduk diam, suka mencabar diri dan suka meneroka perkara baharu,” katanya.

Gabungan dua sisi ini, profesionalisme yang diangkat Dr. Rozaimi serta personaliti pelbagai diketengahkan Abdul Qayyum menjadikan Hamid mendapat perhatian luas masyarakat.

Dalam kes Zara, beliau bukan sahaja dilihat sebagai peguam yang memperjuangkan keadilan, tetapi juga sebagai seorang individu dengan karakter unik yang jarang ditemui.

Sumber: Facebook Dr. Rozaimi Ramle & Abdul Qayyum Hadi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani menegur sikap segelintir warganet yang keterlaluan menekan Menteri Pendidikan, Fadhlina...

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Nasional

Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung kes kematian Zara Qairina,...

Sosial

Seorang pengguna laman Threads menarik perhatian ramai apabila memuat naik satu tangkap layar perbualan antara anak gadisnya dan rakan di aplikasi WhatsApp. Wajah anak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd