Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sarawak Sedia Tampung Bekalan, Eksport Khinzir Hidup Ke Selangor Ditingkatkan

Sarawak bersedia meningkatkan eksport khinzir hidup ke Selangor susulan keputusan Sultan Selangor melarang aktiviti penternakan babi di negeri itu, sekali gus memastikan bekalan kepada pasaran terus mencukupi.

Eksport Khinzir Hidup

Sekadar gambar hiasan

Sarawak sedia eksport khinzir hidup

Memetik laporan daripada Bernama, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom menyatakan negeri itu sebenarnya telah mula mengeksport babi hidup ke Selangor sejak tahun lalu dan bersedia menambah jumlah penghantaran sekiranya diperlukan.

“Kami juga terbuka untuk membekalkan kepada negeri lain yang berhasrat mengimport,” katanya.

Sedia eksport khinzir hidup di Selangor

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan ketika ini Sarawak mempunyai beberapa ladang kecil serta ladang moden yang beroperasi, termasuk tiga ladang moden berskala besar.

“Kami juga mempunyai tiga ladang moden berskala besar yang terletak di kawasan Simunjan, Ensengei dan Selangau,” katanya.

Artikel lain: Demi Kesihatan Awam! Selangor Tutup Lebih 80 Ladang Khinzir Di Tanjung Sepat -Exco

Sebelum ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan tidak memperkenankan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri itu berikutan risiko pencemaran yang boleh menjejaskan masyarakat setempat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama 

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Bisnes

Proton Holdings Bhd (PROTON) secara rasmi melancarkan model hibrid plug-in pertamanya, Proton e.MAS 7 PHEV, sekali gus menandakan langkah strategik jenama nasional itu dalam...

Lokal

Penceramah bebas yang pernah terpalit kontroversi, Ustaz Faridul Firdaus Zaulkapli dijatuhi hukuman penjara 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada Rabu selepas didapati...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd