Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dipercayai Sentuh Isu 3R, Muhyiddin Yasin Didakwa Di Mahkamah Esok

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yasin bakal didakwa esok di Mahkamah Gua Musang susulan dipercayai menyentuh isu berkaitan kaum, agam dan raja (3R).

Memetik laporan Harian Metro, ceramah Muhyiddin tersebut disampaikan menerusi ceramahnya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Muhyiddin Yasin didakwa di mahkamah esok

Muhyiddin Yasin Didakwa Di Mahkamah

Foto: Free Malaysia Today

Sementara itu, Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor mengesahkan perkara tersebut dan berkata Muhyiddin akan didakwa susulan ucapannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ya. Tan Sri akan didakwa esok di Mahkamah Gua Musang berhubung ceramahnya di PRK Nenggiri baru-baru ini,” katanya.

Artikel lain: Muhyiddin Tegaskan Lagi Tiada Niat Hina Raja, Dakwa Ada Pihak Putar Belit Ucapan

Terdahulu, media melaporkan kertas siasatan telah dibuka berhubung ucapan Muhyiddin yang didakwa menyentuh isu 3R dan telah pun diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata setakat ini polis sudah mengambil keterangan daripada 66 saksi bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, tular di media sosial ucapan bekas Perdana Menteri yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim)

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd