Seorang warga emas berusia 73 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat, atas tiga pertuduhan merogol cucu kandung perempuannya yang ketika kejadian berusia 10 tahun.
Datuk rogol cucu di rumah kedai
Menurut laporan Sinar Harian, pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan secara berasingan.

Foto: Sinar Harian
Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol cucu di sebuah rumah kedai di Putra Point, Bandar Baru Nilai antara 22 Jun hingga 29 Julai 2020, sekitar jam 2.30 hingga 3 petang.
Dua lagi pertuduhan pula melibatkan kejadian di sebuah rumah di Taman Desa Cempaka, Nilai, antara November 2020 hingga Januari 2021, sekitar jam 7 hingga 10 malam.
Artikel lain: Datuk Dipenjara 36 Tahun, 24 Sebatan Perkosa Cucu Hingga Lahirkan Bayi
Hubungan antara tertuduh dan mangsa adalah dilarang oleh undang-undang, hukum agama serta adat.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Norazilah Asmuni menawarkan jaminan RM50,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan, termasuk tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa serta saksi dan perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan keseluruhan RM90,000. Permohonan anak tertuduh untuk menjadi penjamin ditolak kerana dia disenaraikan sebagai saksi pendakwaan.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula paa 29 Oktober ini bagi serahan dokumen dan latihan peguam.
Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)
