Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Contohi Indonesia, Beri Bantuan Perayaan Sebulan Gaji Kepada Pekerja – SPCAAM

Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengarahkan semua majikan tanpa mengira sektor beri bantuan perayaan sebulan gaji kepada pekerja.

Menurut laporan Sinar Harian, Presidennya, J Solomon memberitahu ia salah satu inisiatif bagi meringankan beban golongan pekerja terutamanya golongan B40 dan M40 untuk meraikan sambutan hari perayaan kelak.

Beri bantuan perayaan sebulan gaji kepada pekerja

Artikel lain: Bantuan Sara: Tampung Perbelanjaan Bulanan Penerima, Kurangkan Kesan Inflasi

“Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi pada 2024, ditambah pula dengan peningkatan keuntungan dinikmati pihak majikan, penarikan bantuan perayaan jelas sesuatu yang tidak dapat dijustifikasikan.
“Kita mesti melindungi hak pekerja untuk kehidupan memuaskan, yang turut termasuk menyambut kekayaan budaya kita tanpa bebanan kewangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, kerajaan sepatutnya mencontohi tindakan kerajaan negeri Selangor yang memberikan sebulan gaji sebagai bantuan perayaan pada tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahkan, pihak Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan bank-bank terus menghulurkan bantuan yang sama bagi membela nasib pekerja mereka.

“Bagaimanapun, tindakan menarik balik sokongan itu tahun ini, walaupun telah ada perjanjian sebelum ini, amat mengejutkan dan membingungkan.
“Tindakan itu seperti meremehkan manfaat asas pekerja dan arahan jelas PMX untuk mementingkan kebajikan pekerja.
“Ini terutamanya dilihat apabila kebanyakan syarikat berkenaan, termasuk Syarikat Berkait Kerajaan (GLC) yang menikmati keuntungan tinggi dan sebahagiannya boleh saja dikongsikan sebagai bantuan perayaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Solomon menjadikan begara Indonesia sebagai contoh baik yang mewajibkan pemberian sebulan gaji kepada pekerja.

Amalan tersebut secara tidak langsung menyuntik semangat kepada pekerja yang berpendapatan rendah untuk menyambut perayaan bersama keluarga tersayang tanpa dibebani masalah kewangan.

Sumber: Sinar Harian (Nor Syamira Liana Nor Ashaha)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Sosial

Demonstrasi besar-besaran di Jakarta bukan sahaja mencuri tumpuan tempatan malah turut mengundang reaksi daripada rakyat Malaysia yang tampil menyatakan solidariti dengan cara tersendiri. Indonesia...

Politik

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Hafez Sabri tampil memohon maaf dan mengakui kekhilafan berhubung hantaran di Facebook miliknya yang tular sejak semalam berkaitan cubaan...

Dunia

Seutas jam tangan mewah Richard Mille milik bekas Wakil Ketua Komisi III DPR RI, Ahmad Sahroni, yang diambil semasa pecah rumah pada Sabtu lalu,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd