Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bukan Terjatuh! Lelaki Maut Digilis Tren LRT Lompat Sendiri Sebelum Baring Atas Landasan

Seorang lelaki maut digilis tren transit aliran ringan (LRT) di stesen Dato Keramat, Kuala Lumpur, semalam dipercayai turun ke landasan sendiri dan bukannya terjatuh.

Lapor Harian Metro, mangsa dengan sendirinya melompat dan baring di landangan lalu sebelum digilis oleh LRT berkenaan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samad berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 10.56 malam tadi daripada anggota bolis bantuan.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis mendapati mangsa yang juga lelaki tempatan bersama penumpang lain sedang menunggu LRT di platform 1.
“Ketika tren hendak berhenti, tiba-tiba mangsa melompat dan baring di landasan lalu dilanggar oleh LRT berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

digilis LRT

Sebelum ini, lelaki berkenaan dilaporkan maut dengan kedua-dua kakinya digilis tren selepas terjatuh di landasan di stesen LRT Dato Keramat, malam tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 9.05 malam tadi.

Sementara itu, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali kepada perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya memaklumkan kejadian menyebabkan berlaku gangguan di landasan berkenaan.

Difahamkan, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.50 malam itu telah mengakibatkan sistem kecemasan diaktifkan serta-merta menyebabkan tren berhenti lama di landasan.

digilis LRT

Mengulas lanjut Ashari berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian jam 11.13 malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi talian 039289922 bagi membantu siasatan

Artikel lain: Terjatuh Dari Motosikal, Remaja 18 Tahun Meninggal Dunia Digilis Bas

Sumber: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Ojen Aiwah meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa kehidupannya terus diganggu oleh jurulatih kecergasan, Tareq Fit sehingga memberi kesan kepada emosi serta...

Sosial

Sekumpulan kanak-kanak teruja apabila mendapat peluang berjumpa dengan usahawan terkenal, Khairul Aming di hadapan restoran Rembayung milik pempengaruh media sosial tersebut. Menerusi akaun TikTok...

Lokal

Ahli politik veteran Britain, George Galloway menolak perbandingan yang mengaitkan konflik Palestin dengan sejarah masyarakat Cina di Malaysia sambil menyifatkannya sebagai tidak adil, mengelirukan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd