Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui rentung selepas sebuah kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah terbakar dalam kejadian pada Ahad.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima maklumat berhubung kejadian itu menerusi talian NG999 pada jam 2.59 petang.
Budak Empat Tahun Ditemui Rentung Dalam Bilik
Komander Operasi Kanan, Mohd Azizi Abdullah berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bersama BBP Sri Petaling dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.
“Kebakaran melibatkan satu unit rumah di tingkat 10 bangunan dengan peratusan kemusnahan dianggarkan 80 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.17 petang.
Artikel lain: Rumah Terbakar Awal Pagi, Lima Sekeluarga Ditemui Rentung Di Raub
Tambahnya, mangsa ditemui dalam keadaan rentung di dalam sebuah bilik selepas operasi pemadaman dijalankan.
“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.
Katanya lagi, punca kebakaran masih dalam siasatan.
Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)
Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.










































