Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bayi Baru Lahir Berbalut Telekung Ditemukan Di Ruang Solat Masjid

Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemukan dalam keadaan berbalut dengan telekung di atas sejadah, di Masjid Kampung Lubuk Kulit, Kuala Lipis, Pahang semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, pihaknya menerima laporan daripada salah seorang penduduk di kawasan terbabit berhubung penemuan bayi berkenaan di ruangan solat wanita pada sekitar jam 5.30 pagi.

Namun begitu, beliau menjelaskan bahawa bayi yang dijumpai masih bertali pusat itu berada dalam keadaan sempurna dan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lipis untuk siasatan lanjut.

Foto: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ibu bapa bayi tersebut masih dikesan oleh pihak polis bagi mengetahui punca dia ditinggalkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Ismail menyatakan pihaknya masih menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang kanak-kanak.

Foto: Buletin TV3

Beliau juga turut menyeru orang ramai yang memiliki sebarang maklumat mengenai kejadian ini untuk terus ke balai polis berdekat atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis.

“Pihak polis memohon sekiranya mana-mana individu mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi bilik gerakan IPD Lipis di nombor 09-3121999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” ujarnya.

Sumber: Facebook Polis Daerah Lipis

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penghibur jalanan dikenali sebagai Abang Mr Bean meluahkan rasa terharu apabila beliau dan isterinya terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh Ikhlas Com...

Sukan

Penyerang sensasi Iran, Mehdi Taremi, dilaporkan mahu meninggalkan karier profesionalnya di Eropah untuk pulang menyertai tentera bagi mempertahankan negaranya susulan ketegangan geopolitik yang semakin...

Bisnes

Harga minyak mentah melonjak pada Isnin dalam dagangan pasaran Asia susulan pergolakan di Asia Barat selepas serangan ketenteraan melibatkan Amerika Syarikat dan Israel ke...

Bisnes

Siapa sangka di sebalik jenama pakaian tempatan yang kini menjadi pilihan ramai, tersimpan kisah jatuh bangun seorang anak muda yang pernah bergelut demi kelangsungan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd