Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Bank Rakyat Tawar Moratorium Sehingga Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir Di Sabah

Bank Rakyat tawar bantuan khas moratorium kepada pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas akibat bencana banjir di Sabah yang membabitkan empat daerah termasuk Penampang, Putatan, Tuaran dan Tamparuli.

Ketua Pegawai Ekskutif Bank Rakyat, Datuk Dr Mohammad Hanis Osman berkata bantuan khas itu merangkumi kemudahan moratorium sehingga enam bulan.

Bank Rakyat tawar moratorium kepada mangsa banjir di Sabah

Menurutnya, sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang prihatin, Bank Rakyat mahu mengurangkan bebanan dan kesuliatan yang dihadapi pelanggannya.

Dalam pada itu, pihaknya berharap agar kemudahan moratorium itu dapat memberikan sedikit kelegaan kepada mereka yang terjejas dengan bencana itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Langkah proaktif yang diambil oleh Bank Rakyat ini yang mana amat bertepatan dengan nilai keprihatinan dan ihsan dalam konsep Malaysia Madani bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan dan komitmen yang ditanggung pelanggan dalam waktu yang mencabar ini.
“Justeru, pelanggan yang menghadapi kesukaran untuk membuat ansuran bayaran pembiayaan bagi produk yang dilanggan boleh memohon bantuan moratorium ini.

“Ini termasuk bagi produk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Mikro-i dan Pajak Gadai-i,” katanya dalam satu kenyataan.

Artikel lain: Pemantauan Diteruskan, NADMA Lulus RM14 Juta Peruntukan MTL Sabah Untuk Bantuan Banjir

Pelanggan terjejas boleh membuat permohonan moratorium menerusi e-mel [email protected] dengan menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat terjejas, nombor telefon bimbit untuk dihubungi, jenis pembiayaan serta salinan bil utiliti yang mengesahkan alamat pelanggan.

Bank Rakyat Tawar Moratorium di sabah

Bagi pelanggan perniagaan pula boleh terus mengunjungi Pusat Perbankan Perniagaan (BBC) berhampiran bagi mendapatkan bantuan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Bank Rakyat di http://www.bankrakyat.com.my/, hubungi Pusat Panggilan di talian 1300 800 800 dan kunjungi cawangan Bank Rakyat atau Susulan Berpusat (SB) yang berdekatan serta ikuti media sosial rasmi Bank Rakyat bagi mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Dunia

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan bahawa Russia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada...

Lokal

Pertikaian perceraian berprofil tinggi antara Pamela Ling dan suaminya, ahli perniagaan Malaysia Thomas Hah Tiing Siu, terus berkembang dengan dakwaan penipuan dan pemalsuan dokumen...

Politik

Bekas Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid memaklumkan kesiapsiagaannya untuk merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd