Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Aktivis GSF Dari Itali Peluk Islam Dalam Tahanan -“Rasa Seperti Bayi Baru Lahir”

Kisah menyayat hati namun penuh hidayah ini mencuri perhatian dunia apabila seorang aktivis Itali, Tommasa Bortolazzi, yang juga sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) peluk Islam ketika berada dalam tahanan tentera Israel.

Aktivis peluk Islam dalam tahanan Israel

Memetik laporan darpada Agensi Anadolu, Bortolazzi sewaktu  temu bual bersama wartawan di Istanbul, Turkiye menyatakan keputusannya untuk memeluk Islam dibuat atas pilihan dirinya sendiri selepas melalui pengalaman getir bersama rakan-rakan Muslim dalam penjara.

“Saya berada dalam misi (GSF) kerana merasakan itu adalah perkara terbaik untuk dilakukan. Saya boleh lakukan untuk rakyat Palestin dan juga negara saya kerana kami tidak boleh melihat pembunuhan beramai-ramai lagi.
“Hari-hari terakhir di dalam penjara, ia sangat sukar dan teman saya (tahanan lain) dari Turkiye dan hampir semuanya adalah Muslim.
“Kami berdepan detik mengerikan. Ada ketakutan kerana kami mempertaruhkan nyawa bersama-sama, namun kami tetap bersatu,” katanya.

Aktivis Itali peluk Islam & mengucap dua kalimah syahadah

Bortolazzi turut berkongsi detik menyentuh hati saat beliau mengucap dua kalimah syahadah di dalam tahanan.

“Pagi tadi, semasa mereka (rakan) solat, polis, tentera Israel masuk dan halang mereka (daripada solat). Saya merasakan ada keperluan untuk menentang ini.
“Selepas itu, bersama sahabat, saya mengucap kalimah syahadah. Saya pilih ini (memeluk Islam) untuk diri saya. Rasanya seperti bayi yang baru lahir dan saya sangat gembira,” katanya dengan penuh sebak.

peluk islam

Menurut laporan sama, seorang lelaki yang juga tahanan mendedahkan bahawa Bortolazzi bertanya kepadanya sama ada Tuhan akan menerimanya sebagai Muslim kerana dia mempunyai tatu.

“Semasa di dalam kereta penjara, dia mengulangi (kalimah syahadah) yang saya ucapkan dan dia menjadi Muslim,” kata lelaki itu sambil memberitahu bahawa dialah yang membantu Bortolazzi mengucap dua kalimah syahadah.

Artikel lain: Delegasi Malaysia Dedah Ada Aktivis Wanita Diarah Buka Hijab, Minum Air Dari Tandas

Rakaman video yang memaparkan saat Bortolazzi berkongsi pengalamannya peluk Islam kini tular di media sosial, menyentuh hati ramai pengguna di seluruh dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video tersebut, beliau turut dilihat memeluk lelaki berkenaan, dipercayai rakan seperjuangannya dalam misi kemanusiaan GSF yang ditahan oleh tentera Israel sejak Khamis lalu.

Bortolazzi menutup kenyataannya dengan harapan agar semua negara bebas dan demokratik terus menyokong perjuangan menentang kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin — satu perjuangan yang bukan hanya membuka mata dunia, tetapi juga hatinya kepada cahaya Islam.

Sumber: TikTok Agensi Andolu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd