Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Adam Adli Gesa Pembangkang Sokong Had Tempoh PM – “Inilah Reformasi Sebenar..”

Ketua Pemuda PKR (AMK) Adam Adli gesa pembangkang untuk menyokong usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada maksimum 10 tahun.

Katanya, reformasi tersebut dapat direalisasikan sekiranya mendapat sokongan dua pertiga ahli parlimen termasuklah kerjasama daripada pihak pembangkang.

Adam Adli gesa pembangkang

“Reformasi ini memerlukan iltizam politik yang kuat. Pindaan Perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen, dan seharusnya semua pihak, termasuk pembangkang perlu bersama menjayakannya.
“Jika ini direalisasikan, Kerajaan Madani akan terpahat dalam sejarah sebagai kerajaan yang berani membawa perubahan. Inilah reformasi sebenar, inilah politik masa depan,” ujarnya dalam sebuah kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, Adli berkata langkah yang diambil oleh Anwar adalah sejajar dengan agenda reformasi yang diperjuangkan PH sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan akan memastikan kepimpinan negara terus segar dengan idea baru serta mengukuhkan integriti pentadbiran.

Artikel lain: Isu Peruntukan : AMH Anggap PN Pembangkang Terburuk Dalam Sejarah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Adam Adli gesa pembangkang

Adam Adli gesa pembangkang

“Ini bukan perkara baharu, ini adalah janji Pakatan Harapan sejak PRU15. Had tempoh ini akan menghalang penyalahgunaan kuasa, mengukuhkan integriti pentadbiran dan memastikan kepimpinan negara sentiasa segar dengan idea baharu,” katanya lagi.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setuju dan berjanji melaksana agenda reformasi termasuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Tegas beliau, proses itu perlu dilaksana dengan rapi dan memerlukan konsensus semua parti serta dua pertiga Ahli Parlimen.

Sumber: Instagram @Adam Adli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Sosial

Seorang pemuda tampil memohon maaf selepas didakwa memperlekeh guru, dengan mengatakan dirinya belum pernah melihat profesion tersebut menggunakan kereta mewah Lamborghini meskipun sering menekankan...

Lokal

Ketika ini sedang berlangsung musim istiadat konvokesyen di seluruh negara, iaitu saat yang dinanti-nantikan oleh ribuan graduan selepas bertahun-tahun berhempas pulas menamatkan pengajian. Namun,...

Lokal

Seorang lelaki berusia 40 tahun, Mohamed Badruldin Mohamed, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas mengaku bersalah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd