Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

KJ Tolak ‘Pinangan’ Perikatan Nasional, Mahu Kekal Setia Dengan UMNO

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menzahirkan ucapan terima kasih kepada parti PAS kerana mempelawanya supaya menyertai Perikatan Nasional (PN) namun, beliau lebih memilih untuk kekal setia kepada Umno.

Menurut laporan Berita Harian, Khairy memaklumkan dia telah menerima pelawaan daripada Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi menyertai mana-mana komponen yang terdapat di dalam Perikatan Nasional.

“Saya ucap terima kasih atas pelawaan PAS untuk sertai Perikatan Nasional (PN) tetapi saya masih setia sebagai ahli biasa UMNO,” katanya.

Namun begitu, bekas Menteri Kesihatan itu telah mengambil keputusan untuk terus setia sebagai ahli biasa Umno dan menghargai tawaran yang diberikan oleh pihak parti tersebut.

Terdahulu, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri pernah mendedahkan PN dan PAS sentiasa membuka pintu dengan luas untuk menerimanya sebagai ahli jika Khairy dikenakan tindakan penyingkiran oleh partinya sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Farah Marshita Abdul Patah)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Nahas ngeri di Kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, telah mengorbankan tujuh individu maut termasuk bayi lelaki, manakala 33 individu lain cedera parah...

Lokal

Kelab Kucing Malaysia (KKM) menggesa pihak berkuasa melaksanakan siasatan terperinci kes kematian misteri beberapa ekor kucing di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini. Memetik laporan...

Politik

Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Seri Takiyuddin Hassan ucap Selamat Hari Krismas kepada semua penganut Kristian di Malaysia dengan harapan sambutan tahun...

Politik

PAS didakwa membuat kutipan derma untuk membantu Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad yang diperintah mahkamah bagi membayar ganti rugi berjumlah RM825,000 kepada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd