Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kerajaan Beri RM1.48 Juta Untuk Misi Mencari, Optimis Hawari Dalam Keadaan Selamat

Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini telah mengulurkan bantuan kewangan bagi misi mencari pendaki, Muhammad Hawari Hashim yang dipercayai hilang setelah berjaya menawan puncak Gunung Everest.

Bantuan sebanyak RM1.48 juta telah diberikan kepada Kelab Eksplorasi Altitud.

Bantuan untuk misi mencari

Memetik laporan dari Harian Metro, Ketua Setiausaha KBS Dr Nagulendran Kangayatkarasu menyatakan misi mencari Muhammad Hawari Hashim sedang giat dijalankan di semua tempat termasuklah di kem dan setiap khemah serta melalui udara dan darat.

“Saya dan kementerian mengharapkan agar misi pencarian ini akan berjaya dan Muhammad Hawari dibawa pulang dengan selamat,” katanya
“Kita perlu cepat sebab semua orang perlu turun dari Everest pada 28 Mei kerana pada tarikh 29 Mei selepas itu ia akan ditutup.
“Tempoh masa (misi mencari dan menyelamat) ini sangat kritikal dan kita perlu bekerja keras untuk membantu Muhammad Hawari serta membawa pulangnya,” katanya.

Optimis Hawari berjaya pulang dengan selamat

Walau bagaimanapun, Dr Nagulendran tetap optimis bahawa Hawari berada dalam keadaan selamat dan bakal ditemui tidak lama lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, beliau memaklumkan yang misi tersebut perlu cepat dilaksanakan kerana Gunung Everest bakal ditutup bermula 29 Mei 2023. Jadi, semua pendakian perlu turun sebelum 28 Mei ini.

“Kita perlu cepat sebab semua orang perlu turun dari Everest pada 28 Mei kerana pada tarikh 29 Mei selepas itu ia akan ditutup.
“Tempoh masa (misi mencari dan menyelamat) ini sangat kritikal dan kita perlu bekerja keras untuk membantu Muhammad Hawari serta membawa pulangnya,” katanya.
Kita perlu faham dia merupakan seorang OKU dan mempunyai masalah pendengaran. Kita positif akan jumpanya dalam keadaan selamat,” katanya.

Untuk rekod Hawari, 33, yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) pendengaran merupakan salah seorang peserta misi Malaysia Everest 2023 (ME 2023) yang memulakan perjalanan ke Nepal pada 1 April dalam misi menawan puncak Everest.

Dia dipercayai turun dan berehat di kem empat selepas berjaya menawan puncak Everest pada ketinggian 8,848 meter dari paras laut dan berita kehilangannya pada Jumaat lalu dilapor media tempatan Nepal.

Setakat hari ini, misi mencari dan menyelamat Hawari telah diperluas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid)

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd