Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pendaki OKU Pendengaran Dilaporkan Hilang Selepas Takluk Everest

Seorang pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Muhammad Hawari Hashim yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran dilaporkan hilang sejak pagi Jumaat.

Menurut laporan Sinar Harian yang dipetik daripada media tempatan Nepal, The Himalayan Times (THT) hari ini, pendaki berusia 33 tahun itu berjaya menawan puncak Everest pada Khamis sebelum dilaporkan hilang.

Pengarah Pioneer Adventure Pvt Ltd, Nivesh Karki berkata, usaha pencarian sedang giat dijalankan termasuk menyampaikan mesej ke semua kem sama ada Muhammad Hawari ada berteduh di khemah lain.

Berdasarkan sumber, Muhammad Hawari dilaporkan keluar dari kem empat secara bersendirian pada awal pagi tanpa pengetahuan malim gunung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain Muhammad Hawari, misi ME2023 turut disertai tiga pendaki lain melibatkan ketua misi, Azim Afif Ishak, 35; Awang Askandar Ampuan Yaacub, 55 dan Tiong Ling Yang, 30.

Bagaimanapun, Awang Askandar yang juga Ketua Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah dilaporkan berdepan masalah kesihatan selepas tidak dapat meneruskan misi ketika berada di paras 8,000 meter dari aras laut.

Awang Askandar disahkan meninggal pada jam 10.30 pagi waktu Nepal (12.45 tengahari waktu Malaysia) ketika sedang menerima rawatan lanjut di Kem 4 pada Jumaat.

Sumber: Sinar Harian (Mukhriz Mat Husin)

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd