Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Budak Enam Tahun Belajar Bawa Kereta Dari YouTube, Perhati Cara Bapa Memandu

Kanak-kanak lelaki enam tahun yang tular kerana memandu kereta milik keluarganya mendakwa dia belajar membawa kenderaan tersebut melalui tontonan video di saluran YouTube.

Menurut laporan Utusan, hasil siasatan mendapati dia turut mengamati ataupun memerhati cara pemanduan bapanya setiap kali mereka menaiki kereta.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya juga menafikan bahawa kanak-kanak itu mempunyai simulator membawa kenderaan di rumahnya.

“Gambar yang ditularkan (simulator) tersebut bukan gambar kanak-kanak yang memandu kereta Toyota Vios sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya hari ini.

Ni kanak-kanak lain…

Dalam kejadian malam Selasa lalu, kanak-kanak berkenaan memandu sejauh 2.5 kilometer dari rumah bersama adiknya yang berusia tiga tahun untuk ke kedai bagi membeli mainan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, kenderaan Toyota Vios berwarna putih itu telah terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga berhampiran Kampung Titi Chanwang, Langkawi kira-kira jam 11.15 malam.

Sebelum ini, polis mengesahkan kanak-kanak terbabit mengetahui fungsi pedal minyak dan gear kenderaan bapanya selain menunjukkan cara menghidupkan enjin serta menurunkan brek tangan.

Susulan itu, lima saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri di Alor Setar tidak lama lagi.

Sumber: Utusan (Nur Amalina Azman)

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd