Imam di sebuah masjid di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur meninggal dunia ketika sedang bermain badminton di sebuah gelanggang, kelmarin.
Menurut laporan Berita Harian, Muadzeen Ackil dikatakan tiba-tiba rebah sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan meninggal dunia.
Pendakwah bebas, Shahrizan Daud At Turabi berkongsi hantaran mengenai pemergian johan qari Majlis Tilawah al-Quran peringkat Wilayah Persekutuan 2020 itu di laman Facebook, semalam.
https://www.facebook.com/Ustazshahrizan/posts/pfbid031Fzn3pqrtxYt7ERfpeNuTYtCNs51iCS41yAwBXw4NJ1DpDYDCWgaSFpLCXG7pBQol
“Awal subuh Jumaat hari yang penuh berkat ini, saya mendapat perkhabaran duka dan menyedihkan, rakan imam yang sama berkhidmat di Masjid Muadz Bin Jabal, Ustaz Muadzeen Ackil meninggal dunia.
“Dia rebah selepas bermain badminton dan tidak berjaya dipulihkan serta disahkan meninggal dunia,” tulisnya.
https://www.facebook.com/Ayuni.Anisya/posts/pfbid0uQnrXZY2pCKevsig9JjgZDNP8zxAF1iuJA2kM7SVyj5HdFgpDrFWrmT33f46v6LMl
Shahrizan berkata, hasil sumbangan jemaah, Allahyarham yang berasal dari Lombok, Indonesia menyelaras pembinaan masjid di kampungnya yang turut menjadi pusat pengajian Islam dan al-Quran.
“Sepanjang saya menjadi ketua imam di Masjid Muadz Bin Jabal, arwah adalah seorang imam ratib yang sangat dedikasi dalam menjalankan tugas serta amanahnya…
“…disenangi masyarakat setempat dan kehidupannya banyak dihabiskan dengan al-Quran,” katanya.
https://www.facebook.com/niknazminikahmad/posts/pfbid0R1aJFVEENhgSBraKnWeQd7uBWJZgfEwqRRd8LA1NfbbciYwFTKW1TDd9NRUNHVzKl
Sumber: Berita Harian (Noor Hidayah Tanzizi), Facebook search