Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tak Sampai 12 Jam, Seorang Suspek Rompak Emas RM1.8 Juta Ditahan

Seorang lelaki ditahan polis susulan kejadian rompakan dua pengedar emas di lorong belakang sebuah kedai emas di Jalan Pasar Rabu, Kuala Pilah pagi semalam.

Tak sampai 12 jam, salah seorang dah kena cekup

Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, pihaknya masih menyiasat pembabitan suspek berusia 50-an yang ditahan malam tadi itu.

“Hasil siasatan dan maklumat yang diperolehi, kami menahan seorang lelaki tempatan dipercayai terbabit dalam kejadian rompakan dua pengedar emas.
“Soal siasat sedang dijalankan untuk melihat pembabitan suspek. Reman terhadap suspek diperolehi selama tujuh hari sehingga 10 Mei depan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan dua pengedar barang kemas telah dirompak dua lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang dengan melarikan dua beg berisi tujuh kilogram emas dianggarkan bernilai RM1.8 juta.

Berikutan itu, polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian hotline IPD Kuala Pilah 06-4842999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rakaman CCTV yang tular

Sumber: Harian Metro (Ahmad Hasbi), Facebook N9 RADAR

+ posts

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Sumatera Indonesia bertindak mengkritik seorang wakil rakyat mengenai kerosakan jalan di Kabupaten Lampung Selatan melalui beberapa hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd