Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Faisal Halim Nafi Terima Gaji RM80k Sebulan

Pemain bola sepak kebangsaan yang juga dibawah Selangor FC, Faisal Halim tampil bersuara dan menafikan dakwaan menerima gaji berjumlah besar seperti mana diberitahu sumber.

Menerusi perkongsian Harimau Selatan X di laman Facebook, mereka menyatakan gaji yang diterima oleh Faisal Halim atau lebih mesra disapa Mickey adalah jauh lebih tinggi berbanding pemain Johor Darul Takzim (JDT), Arif Aiman.

“Faisal Halim RM80,000 dan Arif Aiman RM25,000,”papar mereka mengenai info nilai gaji terkini dua pemain muda terbaik negara kini.

Bukan itu sahaja, mereka juga mempertikaikan Selangor FC menawarkan gaji lebih mahal berbanding menyediakan infrastruktur selesa seperti stadium.

“Jadi kepada siapa cakap nak berjaya kena ada duit itu semua silap.
“Kalau tak percaya tengok Selangor, bayar gaji pemain mahal mahal, stadium sendiri pun takde. Itu pun harao ehsan kerajaan negeri, yang paling teruk sampai sekarang masih tak menang apa-apa lagi,”tulisnya di ruangan kapsyen sebuah hantaran.

Bagaimanapun, hantaran tersebut memakan diri apabila Faisal atau nama sebenarnya Muhammad Faisal Abdul Halim menafikan dirinya menerima gaji sebanyak yang dinyatakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pandai-pandai sahaja (gelak), RM80,000 saya dah pakai kereta RM500,000 hingga RM600,000 dah (emoji tersipu malu,”balasnya di ruangan komen.

 

Sekadar info, nilai pasaran terkini Faisal menerusi transfermrkt.com memaparkan pemain berusia 25 tahun itu adalah sebanyak 300,000 Euro yang bersamaan dengan RM1.46 juta.

Sementara itu, Aiman pula bernilai 400,000 Euro (RM1.95 juta).

Sumber: Facebook Harimau Selatan X

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd