Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Bakar Kedai, Kecewa Cinta Ditolak Isteri Orang

Seorang lelaki tergamak membakar sebuah kedai yang terletak di Jalan Besar Langkap, Teluk Intan, Perak, semalam.

Memetik laporan Kosmo! Online, lelaki berkenaan nekad menyimbah petrol dan membakar kedai yang menjadi sumber rezeki seorang wanita berstatus isteri orang selepas cintanya ditolak mentah-mentah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek berusia 54 tahun itu dikatakan sering datang ke kedai berkenaan untuk memikat hati wanita terbabit.

Bagaimanapun, hasrat  suspek tidak kesampaian apabila cintanya ditolak secara baik ekoran wanita tersebut telah pun berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebelum kejadian kebakaran itu, kita ada menerima laporan daripada mangsa berkaitan seorang lelaki datang ke kedai dan mengamuk sekitar jam 2.30 petang.
“Menurut wanita berusia 46 tahun itu, suspek turut mengeluarkan kata-kata lucah dan mencederakannya selain mengugut untuk membakarnya dan tempat dia bekerja,”ujarnya dalam kenyataan.

Tambah beliau, suspek membakar kedai yang juga milik adik wanita itu ketika mangsa sedang berada di Balai Polis Langkap bagi membuat laporan.

Katanya, menurut saksi di tempat kejadian, mereka melihat suspek datang menyimbah petrol sebelum membakar kedai tersebut.

Pihak polis berjaya menahan suspek yang juga dalam keadaan mabuk dipercayai di bawah pengaruh alkohol.

“Tindakan pantas pihak polis telah berjaya menahan suspek. Semasa tangkapan dijalankan, suspek mengalami kecederaan melecur di bahagian muka, tangan dan kaki .
” Suspek telah dimasukkan ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan susulan,” katanya.

Suspek yang tidak bekerja kini ditahan reman selama lima hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 435/323 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online (Asliza Musa), FB search

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd