Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

‘Upload’, Sebar Kandungan Lucah Kesalahan Di Bawah Akta Komunikasi & Multimedia

Tindakan memuat naik dan menyebarkan kandungan berunsur lucah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.

Sehubungan itu, beliau menasihati agar semua pihak lebih berhati-hati dalam memuat naik atau berkongsi kandungan yang tidak wajar bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang.

“Kalau kita merujuk Akta Multimedia dan Komunikasi Seksyen 233, memang ada menyatakan bahawa penggunaan tidak wajar, kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian memang satu kesalahan contohnya kandungan lucah, kandungan menyakitkan, mengugut menganggu orang lain dan sebagainya.
“Kalau seseorang memuat naik kandungan (sedemikian) (menerusi) media sosial, ia memang merupakan salah satu penggunaan tidak wajar dan boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS) dan Majlis Berbuka Puasa di Balai Raya Felda Bukit Batu, Kulai, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan individu yang  memuat naik dan menyebarkan video pasangan muda yang melakukan perbuatan jelik di dalam kereta, sehingga tular di media sosial, baru-baru ini.

Teo, yang juga Ahli Parlimen Kulai itu berkata pihaknya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan memberi kerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti individu yang memuat naik kandungan tidak wajar tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, jika didapati bersalah, pihak berkenaan boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Khamis lepas, seorang lelaki berusia 22 tahun dan seorang gadis berusia 17 tahun ditahan kerana dipercayai melakukan perbuatan jelik dalam sebuah kenderaan di Taman Kota Masai, setelah video mereka tular.

Mereka yang dipercayai pasangan kekasih itu kemudiannya direman selama dua hari, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara polis meneruskan siasatan kes untuk dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd