Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nekad Berjalan Kaki Dari Johor, Pemandu Teksi Tiba Di KL Selepas Lima Hari

Selepas lima hari, pemandu teksi Norazlan Ismail tiba yang berjalan kaki dari Tol Skudai, Johor hingga Istana Negara Kuala Lumpur bagi membawa misi pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tiba di ibu negara, semalam.

Menurut laporan Majoriti, lelaki berusia 49 tahun itu tiba di Pintu Istana Negara pada jam 11.03 pagi tadi sambil ditemani oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan dengan menaiki sebuah kenderaan.

Norazlan berkata, dia nekad menuntut pengeluaran KWSP kerana ingin menyelamatkan rumah tangganya akibat berdepan masalah kewangan selain pernah kehilangan kerja sebagai pemandu ketika pandemik Covid-19.

“Saya tak sangka banyak halangan saya kena tempuh, berkat doa sahabat-sahabat saya akan sampai ke Istana Negara hari ini (Isnin),” katanya.

Mengulas lanjut, Norazlan berkata kakinya mengalami melecet tetapi bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik bagi mengharungi misi berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, dia mengakui gembira dapat meneruskan misi ke istana walaupun tidak dapat berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Misi saya hari ini (Isnin) untuk membawa suara rakyat yang mahukan pengeluaran KWSP secara bersasar bagi membantu kelangsungan hidup pada ketika ini tercapai.
“Saya tidak menyangka dapat memasuki Istana Negara untuk menyerahkan memorandum dan saya harap percubaan kali ini akan membawa berita gembira pada rakyat Malaysia,” ujarnya.

Pada 29 Mac lalu, tindakan Norazlan mengundang perhatian warganet di media sosial apabila nekad melaksanakan misi berjalan kaki sejauh 312 kilometer.

@noorazlanismail8

♬ original sound – noorazlan

Sumber: Majoriti (Adriana Mroon Ambrose)

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd