Gara-gara mahu dilihat seperti patung Barbie, seorang wanita Iraq yang dikenali sebagai Dania Naeem sanggup menjalani 43 pembedahan plastik.
Menurut laporan Kosmo, Dania telah mengeluarkan banyak perbelanjaan sehingga wajahnya bertukar sedemikian semata-mata mahu mirip seperti patung itu.
Bukan itu sahaja, dia juga mendapat gelaran sebagai ‘Barbie Iraq’ kerana mempunyai banyak persamaan memandangkan mempunyai rambut perang yang tebal.
Bagaimanapun, Dania telah mengejutkan ramai melihat wajah terbaharunya yang memaparkan hidungnya sangat kecil, kening yang tebal, bibir yang besar dan mungil.
Dalam video yang tular tersebut, kelihatan Dania sedang duduk di sebuah kerusi meja solek sambil terus memuji dan berbangga dengan kecantikan yang dimilikinya.
“Kamu kelihatan sangat cantik sayangku. Seperti Barbie,” katanya.
Difahamkan, Dania telh menjalani prosedur pembedahan plastik sebanyak 43 kali termasuklah membesarkan payudara dan bibir sejak beberapa bulan yang lalu.
Sumber: Kosmo