Pelakon popular Daniel Radcliffe berkongsi berita gembira apabila dia dan kekasihnya, Erin Darke bakal menimang cahaya mata sulung yang dijangka bakal dilahirkan pada hujung tahun ini.
Menerusi laporan Mirror UK, sumber mendedahkan pasangan merpati dua sejoli itu dikatakan tidak sabar untuk menanti ketibaan anak perempuannya mereka tersebut.
“Baru-baru ini, mereka telah memberitahu tentang berita gembira ini dan ia adalah momen yang sangat mengujakan buat pasangan itu.
“Daniel dan Erin terlalu gembira saat mendapat berita itu dan tidak sabar untuk menambah lagi ahli keluarga mereka,” katanya.
Bukan itu sahaja, aktor Harry Potter itu pernah memberitahu dalam sebuah temu bual bersama majalah Newsweek dimana dia tidak sabar bakal anaknya kelak menjadi salah seorang penggiat seni sama seperti dirinya dalam dunia hiburan.
“Sekiranya saya mempunyai anak satu hari nanti, saya suka mereka berada dalam set penggambaran filem.
“Impian saya adalah untuk melihat mereka datang ke set penggambaran filem dengan niat mereka juga ingin menjadi seorang pelakon yang berjaya,” ujarnya lagi.
Meskipun Daniel Radcliffe mempunyai jarak usia yang jauh bersama Erin Darke, namun ia tidak sesekali menghalang percintaan mereka yang sudah terjalin sejak tahun 2012.
Sumber: Mirror UK (Laura Amstrong)