Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suami Isteri Maut, Anak Cedera Kemalangan Babitkan Lima Kenderaan Di Setiu

Sepasang suami isteri maut manakala seorang anak mereka cedera parah dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Jalan Kuala Terengganu Kota Bharu berdekatan Kampung Selamat, Setiu petang tadi.

Menurut laporan Buletin TV3, mangsa Faizul Azman Awang, 44, dan isterinya Habshah Ismail, 42, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Anak lelaki mereka, Muhammad Daniel Zulkarnain, 13, yang turut menaiki kereta pelbagai guna (MPV) Proton Exora tersebut  dikejarkan ke Hospital Setiu.

Difahamkan, dalam kejadian 1.12 tengah hari itu, keluarga berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kuantan selepas menziarahi abang ipar yang meninggal dunia di Besut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kenderaan mereka kemudian bertembung dengan sebuah lori yang tiba-tiba memasuki dari laluan bertentangan sehingga menyebabkan rempuhan kuat.

Sementara itu, pemandu lori dan kelindan seelain 11 orang daripada tiga kenderaan lain iaitu Nissan Navara, Perodua Axia dan Toyata Wish yang terbabit dalam kemalangan tersebut tidak mengalami kecederaan.

Sumber: Buletin TV3, Facebook Anuar Yusof & Kosmo!

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd