Seorang wanita menangis sewaktu menjalani hukuman sebat sebanyak 100 kali di hadapan umum selepas didapati bersalah berzina dengan iparnya.
Tak kuat tahan sakit
Video yang tular di TikTok itu telah dikongsikan media Indonesia memperlihatkan wanita behijab itu mengangkat tangan dan menangis sewaktu menerima hukuman kerana tidak kuat menahan rasa sakit.
@kontras.news Wanita Terpidana Zina Dicambuk 100 Kali di Lhokseumawe #viral #acehviral #kabaraceh #cambukaceh
Menerusi kenyataan yang dikongsikan kontras.news, wanita terbabit telah menjalani hukuman di hadapan pejabat Satpol PP dan Wilayatul Hisbah (WH) kerana dikatakan melanggar syariat Islam dengan berzina.
Difahamkan, masyarakat sekeliling telah menangkap wanita terbabit dengan seorang lelaki yang juga ahli keluarganya sedang berzina Kota Lhokseumawe, Aceh.
Hukuman tersebut telah dilakukan oleh algojo yang berpakaian gelap sambil menyebat wanita dikhalayak ramai sebanyak 100 kali.
Pihak lelaki juga dikatakan turut dikenakan hukuman sama memandangkan masing-masing sudah berkeluarga namun melakukan hal terkutuk itu.
Sumber: TikTok kontras.news