Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Jurulatih Indonesia Minta Pasukan Tak Puasa, Akan Berbincang Dengan Pemimpin Agama

Jurulatih pasukan bolasepak kebangsaan Indonesia, Shin Tae Yong telah meminta agar anak buahnya tidak berpuasa ketika turut menentang Burundi pada 25 dan 28 Mac bagi saingan Perlawanan FIFA.

Akan bincang dengan pemimpin agama

Memetik laporan dari CNN Indonesia, Shin Tae Yong juga akan bertemu dan berbincang dengan  pemimpin agama dan barisan pemain pasukan Garuda itu mengenai perkara tersebut.

Dia berharap agar pemain tidak berpuasa pada hari tersebut bagi memastikan mereka fit serta tidak lesu sewaktu turut menentang lawan di Stadium Patriot candrabhaga, Bekasi, Sabtu ini.
“Puasa, memang agak sulit buat saya, karena para pemain harusnya bisa makan di jam-jam tepat waktu. Kalau tanpa makan, tapi harus lari dan tanding, itu agak sulit buat pemain,” ujar.
Jadi saya harus koordinasi dulu dengan pemimpin agama dan pemain, biar bisa fokus saat pertandingan dan sehari sebelumnya fokus ke laga,” jelas jurulatih asal Korea Selatan itu.

Nanti ganti puasa

Walau bagaimanapun, Shin Tae Yong menjelaskan yang mereka akan makan seperti biasa namun selepas tempoh berpuasa nanti mungkin boleh melakukan puasa ganti. Jadi perkara tersebut harus diperbincangkan terlebih dahulu

“Maksudnya kita tetap makan tanpa puasa, mungkin hari-hari yang tidak puasa, mungkin bisa diganti, setelah periode puasa. Untuk itu harus dibicarakan lagi dengan pemain dan pemimpin agama,” ucap pelatih 52 tahun itu.

 

Difahamkan, pasukan kebangsaan Indonesia sudah mula memasuki kem latihan menjelang perlawanan dengan Burundi pada Isnin tempoh hari.

Sebelum ini, umat Islam di Indonesia turut menjalani ibadah puasa pada Khamis 23 Mac 2o23 sama dengan di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: CNN Indonesia

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd