Sempena lawatan rasmi ke Arab Saudi selama tiga hari, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Difahamkan, ia adalah lawatan rasmi negara luar ASEAN yang pertama dilakukan selepas beliau dilantik menjadi Perdana Menteri pada 24 November tahun lalu.
Foto dikongsi BERNAMA
https://www.facebook.com/bernamaofficial/posts/pfbid08zAwM9LKFhhurmNNnr1sHoR9mG111S3RMS3Uhg91wzLHAH2sBJwLx6F3MPm91baEl
Seorang pengamal media, Mohd Redzuan Abdul Manap memuat naik sebuah video di laman Twitter memaparkan Anwar yang juga Menteri Kewangan dan isterinya dikawal ketat oleh pihak berkuasa negara tersebut.
PM Anwar mengerjakan Umrah . pic.twitter.com/98Wua827UZ
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) March 22, 2023
Menurut laporan BH Online, Anwar kemudian dijadual bertemu dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hissein Brahim Taha serta Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (MWL), Sheikh Dr Mohammad Abdulkarim Al-Issa.
Sepanjang lawatan rasmi berkenaan, beliau juga dijadualkan menghadap Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, dan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Perdana Menteri Arab Saudi di Istana Al-Salam.
https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/posts/pfbid02k5X7D3Rsr2VchsbxRZqL9UuNJ4J5gzht5c8o19czX6Uk9nBPEDLQm2jhLTcfePRfl
Selain isteri, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Sumber: BH Online, Facebook Anwar Ibrahim & BERNAMA, Twitter @redzuanNewsMPB